BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan Jentera Terbaharu: BMW S 1000 RR

Kuala Lumpur, 22 Mei 2020 – BMW Motorrad Malaysia telah merungkaikan BMW S 1000 RR pada hari ini, iaitu motosikal berprestasi tinggi yang terbaharu dalam segmen superbike seumpamanya.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengambil peluang untuk berkongsi, “Setiap model dalam portfolio BMW Motorrad digubah dengan tahap kejituan yang tinggi serta dirumus untuk membuahkan prestasi yang terbaik, sama ada di atas jalan raya mahupun litar lumba. Lantas, BMW S 1000 RR Pure memahat tanda aras baharu sekali lagi dengan enjin luar biasanya serta reka bentuk aerodinamik yang menawan. Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri, kami berbesar hati untuk memperkenalkan varian kedua jentera Superbike ikonik ini di Malaysia.”

Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia turut mengulas, “Tahun lalu telah menyaksikan lebih daripada 100 pemilik motosikal baharu dalam segmen Superbike ini di Malaysia, ia menyusuli perungkaian BMW S 1000 RR yang cemerlang dalam fasa persaingan MotoGP di Malaysia yang diadakan pada November tahun lalu. Kejayaan ini telah membuka haluan bagi ahli baharu dalam segmen ini sambil ia menegakkan legasi kecemerlangan jentera Superbike ikonik berkenaan. Terkenal sebagai Raja Isle of Man TT, kami mempersembahkan BMW S 1000 RR yang terbaharu.”

Setelah mendominasi arena perlumbaan sejak lebih dari sedekad yang lalu, ikon Superbike kini diperhalusi untuk membuahkan kuasa, kelincahan dan gaya yang dinaiktaraf. Enjin sebaris empat silinder baharu yang kini lebih ringan memberikan jentera ini tahap prestasi yang lebih baik. BMW S 1000 RR terbaharu sedia untuk menetapkan standard baharu dalam segmennya, mengikuti jejak langkah model-model terdahulu yang telah memegang tampuk kejuaraan sejak 2008.

BMW S 1000 RR terbaharu – hadir dengan jati kebingkasan

Tampil dengan nuansa ikonik yang sama seperti varian terdahulu yang diperkenalkan tahun lepas, BMW S 1000 RR juga membawakan inovasi enjin yang terkini serta keterampilan dinamik yang bakal menaikkan tanda aras dalam segmennya sekali lagi.

BMW S 1000 RR  didatangkan dengan ‘Flex Frame’, ia membentuk tangki bahan api yang lebih langsing serta beberapa seksyen trim ruang tempat duduk untuk membekalkan keselesaan dan sokongan yang lebih baik, termasuk cengkaman lutut. Kesemua elemennya digubah secara konsisten untuk memastikan prestasi optimum dapat dikecapi dalam apa jua situasi. Pelitup bagi tempat duduk belakang juga ditawarkan sebagai standard berserta dengan tempat duduk penunggang. Sudut hadapan Superbike baharu ini memperlihatkan siluet yang langsing dan diperkemas, juga komponen fork songsang yang menawarkan tahap ketepatan bertaraf tinggi dalam aspek pengendalian. Dengan kombinasi seksyen hadapan yang berparas rendah, ia menzahirkan sebuah penampilan yang tampak lebih ringan, dan serba atletik.

Tubuh jentera ini turut membentuk siluet yang kelihatan lebih sporty, ia berkedudukan di antara set rodanya dengan rungkup yang singkat. Tangki bahan api aluminium serta roda aluminium tuangan juga ditawarkan sebagai standard. Komponen lampu hadapan menampilkan teknologi LED serta elemen penggayaan beriluminasi sebagai standard, ia menggandingkan lampu tinggi dan rendah dalam satu elemen yang kompak. Lampu belakang LED hadir dengan lampu brek dinamik serta indikator penukar laluan dalam satu unit. BMW S 1000 RR terbaharu juga ditawarkan dalam dua warna yang menawan: Racing Red dan Hockenheim Silver Metallic.

BMW S 1000 RR terbaharu dikuasakan oleh enjin silang sebaris 4 silinder dengan kapasiti berjumlah 999 cc dan output maksimum lebih tinggi berjumlah 152 kW / 207 kk pada paras 13,500 rpm, serta ia mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 200 km/j. Jentera baharu ini turut hadir dengan tork yang lebih tinggi, berjumlah 113 Nm pada paras 11,000 rpm, ia mengguna pakai 6.4 liter bahan api bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km. Bukan itu sahaja, motosikal dengan sistem pacuan berantai ini juga didatangkan dengan BMW ShiftCam Technology yang membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk.

Superbike ini dilengkapi dengan empat mod tunggangan sebagai standard – Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Mod-mod tunggangan ini juga mengawal fungsi seperti Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control/DTC) dan ABS Pro bagi membekalkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik ketika membrek atau menunggang dalam posisi menyendeng, manakala sistem BMW Motorrad Integral ABS membekalkan tahap prestasi yang lebih tinggi. Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) menawarkan bantuan ketika memulakan tunggangan di landasan yang curam. Penukaran gear tinggi dan rendah yang boleh dibuat dengan pantas tanpa klac disumbangkan oleh HP Shift Assistant Pro. Penstabil stering yang boleh dilaras juga melengkapi Superbike baharu ini berserta dengan pelumpuh elektronik (electronic immobiliser).

Panel instrumen jentera baharu ini menampilkan skrin TFT 6.5 inci yang menawarkan tahap kebolehbacaan yang tinggi – walaupun dalam situasi pencahayaan yang kurang baik. Ia dihubungkan dengan Multi Controller pada panel bar hendal di sebelah kiri dan boleh dioperasikan dengan segera, selamat dan mudah. Skrin paparan yang disuaikan secara peribadi juga menawarkan pelbagai kegunaan kepada penunggang.

Di samping itu, BMW S 1000 RR turut dilengkapi dengan Connectivity, ia membolehkan jentera berkenaan dihubungkan dengan telefon pintar untuk memudahkan penunggang memainkan lagu atau membuat panggilan telefon. Bila ia digunakan bersama aplikasi BMW Connected yang eksklusif bagi negara-negara terpilih, penunggang boleh mengakses status dan statistik jentera berkenaan.

Ciri-ciri utama yang lain meliputi sensor jatuh sebagai standard, termasuk tuil klac dan brek tangan dengan fungsi boleh laras. Pemegang nombor plat yang dapat ditanggalkan juga boleh dimanfaatkan oleh pemilik Superbike baharu ini. BMW S 1000 RR terbaharu akan disediakan di semua pusat pengedaran yang bertauliah di seluruh negara mulai 22 Mei 2020.

BMW Motorrad Malaysia juga dengan sukacitanya ingin mengalu-alukan para peminat motosikal untuk Menerokai Kebebasan menerusi tawaran masa terhad menarik yang disediakan bagi pelbagai model BMW Motorrad, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bmw-motorrad.com.my.

Perkhidmatan Pembiayaan.

Dengan Pelan Pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW S 1000 RR terbaharu bermula daripada RM1,420.00 setiap bulan. Ia berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh 4 tahun.

Para pemilik juga boleh menikmati manfaat-manfaat tambahan dengan rangkaian servis yang bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di https://www.bmwmotorrad.com.my/en/service/services/warranty.html.

Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) BMW S 1000 RR yang terbaharu ialah:

             BMW S 1000 RR  Terbaharu:                     RM116,500.00