PUSAT SERVIS MODENAS KINI DIBUKA 4 HARI SEMINGGU

Shah Alam, Sabtu, 8 Mei 2020 – Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) kini telah menambah hari operasi untuk pusat-pusat servis sah MODENAS yang terpilih daripada 2 hari kepada 4 hari seminggu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (“PKPB”) yang diumumkan oleh Kerajaan minggu lepas.

Penyambungan semula operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (“SOP”) pandemik Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan setiap masa.

Pusat Servis MODENAS Terpilih

Di bawah ini disenaraikan pusat-pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan serta waktu operasinya:

 

Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor

Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak

Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah

Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang

Pusat Servis MODENAS Johor Bahru, Johor

 

Hari Operasi : Empat hari seminggu (Isnin hingga Khamis) 

Waktu Perniagaan : 10.00 pagi hingga 3.00 petang

Permulaan : 4 Mei 2020, sehingga diberitahu kelak

 

MODENAS bersedia menghadapi norma baharu

Pusat-pusat servis ini akan terus melayani pelanggan hanya dengan temu janj. Para pelanggan MODENAS boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis. Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135. 

Pelanggan kemudiannya akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada. Pusat-pusat servis ini hanya akan menerima temu janji berdasarkan asas layanan pertama.

Pendekatan ini diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik ini. Semua pelanggan akan diminta memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa.

Perniagaan Alat Ganti kini dibuka

Dalam masa yang sama, ketersediaan alat ganti motosikal Modenas juga telah diatasi. MODENAS juga kini telah memulakan operasi untuk perniagaan alat ganti untuk menyokong rangkaian stokis. Pelanggan MODENAS kini boleh membeli alat ganti mereka dari Pusat Perkhidmatan MODENAS atau di mana-mana stokis yang diberi kuasa mengikut senarai di bawah. Disarankan agar para pelanggan memilih lokasi terdekat untuk mematuhi peraturan perjalanan MCO.

GALERI