2017 Harley-Davidson Road Glide Ultra

Bila motosikal bangsawan berada dijalanraya, anda kata lah apa pun, buat la sebanyak motosikal sebegini rupa, tetapi image motosikal ini tetap sama dengan gaya hidup sesiapa yang memilikinya, Harley-Davidson hanya ada satu nama didalam dunia motosikal santai seperti ini.Harley-Davidson Road Glide adalah salah satunya dengan bentuk yang besar sesiapa pun akan menoleh melihatnya.

Admin berpeluang meminjam sebuah Harley-Davidson Road Glide baru-baru ini untuk mencuba gaya dan tunggangan sebuah motosikal lagenda dalam dunia pengembaraan dan gaya hidup peminat-peminat Harley-Davidson ini.Terima kasih pada Harley-Davidson Petaling Jaya.

Bagi admin yang berat dia “alahaiii maleh nak cakap” merasa akan gugup juga walaupun sudah bermacam-macam jenis motosikal sudah dipandu uji, dan Road Glide ini bukan kali pertama.Ia anda boleh bayangkan macam mana nak menempoh jalanraya untuk balik dengan motosikal yang berat Lebih 400kg, ini di dalam kesesakkan jalanraya Kuala Lumpur, anda rasa ada masa nak senyum!!!!.

Walaupun ia berat dimata dan yang menanggung, akan tetapi percayalah..dia pun syok bila dah bergerak, terutama di jalan terbuka…tak boleh sembang lebih, on radio perghhhhh!!!..baru santai!!!, dia punya berlagak tak ingat.

Setiap orang akan menjeling akan motosikal ini ( salah satunya siapa yang bawa, sebab penunggang halus sangat) jangan gelak puleh pusat nanti. Bagi yang mementingkan gaya, image dan jenama Harley-Davidson ia akan puas hati kerana ia sebuah jenama keunggulan pada siapa yang memilikinya iaitu, Harley-Davidson!!!, nak cakap apa lagi kan.Mari kita mulakan dengan aspek yang paling penting dari enjin berkembar kuasa dari Amerika ini. Milwaukee-Eight berkembar 107 tidak dapat disangkal lagi. Dari kedalaman putaran rpm, tork dapat dirasakan seolah menarik sepanjang jalan, membuat anda terus melayan Raja lebuhraya ini tampa jemu ( Yang pasti jangan lalui kawasan sesak).

Dengan gear jarak yang sesuai membolehkan anda untuk meluncurkan Road Glide Ultra melalui selekoh kegemaran anda dengan mudah dan ia meluncur keluar dari selekoh tanpa tersandung atau ganguan, biar pun besar gedabak !!!.

Kesimpulannya walaupun besar dan berat, ia tetap menarik untuk anda mengembara kesatu tempat menarik serta memiliki jenama hebat ditempat letak kenderaan dirumah anda, kerana ia sebuah Harley-Davidson!!! apa nak dikata, image kemewahan tersendiri.

#harleydavidson #harleydavidsonpetalingjaya #harleydavidsonroadglide