Kuala Lumpur, 28 Februari 2020 – BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan barisan motosikal premium yang terbaharu, BMW F 900 R dan BMW F 900 XR pada hari ini, lantas memperkukuhkan lagi portfolio mereka yang terdiri daripada motosikal kelas pertengahan yang popular dalam segmen Roadster dan Kembara.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Pada tahun 2019, BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan 10 varian motosikal baharu yang membawakan gandingan dinamik antara pelbagai jentera tergolong dalam segmen seperti “Roadster”, Jelajah (Touring), “Superbike” dan
Skuter di Malaysia. Dengan lebih daripada 1,000 motosikal yang berjaya diserahkan pada tahun lalu, segmen Kembara dan Roadster merupakan antara penyumbang tertinggi. Oleh kerana prestasi dan aspek tunggangan yang menyeronokkan menjiwai setiap motosikal BMW Motorrad, kami berasa teruja untuk membuka tirai tahun ini dengan dua model jentera yang baharu: BMW F 900 R dan BMW F 900 XR, kedua-duanya dibangunkan secara pintar untuk menzahirkan keterujaan tunggangan yang terunggul.”
Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia sementara itu berkata, “BMW F 900 R dan BMW F 900 XR hadir dengan inovasi yang terkini, dan jentera berkenaan menggabungkan prestasi serta teknologi bertaraf tinggi dengan sempurna untuk membuahkan kualiti tunggangan yang luar biasa. Kedua-dua model yang dirungkaikan pada hari ini akan mempamerkan mutu kejuruteraan yang berkualiti tinggi, ia dapat dilihat pada setiap butiran jentera berkenaan.”
Meneroka haluan baharu dengan BMW F 900 R dan BMW F 900 XR.
BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan aspek tunggangan yang menyeronokkan, pengendalian yang ringkas dan pelbagai opsyen kelengkapan yang dapat disesuaikan bagi setiap penunggang.
BMW F 900 R terbaharu hadir dalam pakej Penggayaan Sport (Style Sport) yang membekalkan posisi tempat duduk serba sporty dan aktif. Ditawarkan dalam warna biru metalik (San Marino Blue), dan
Style Sport dalam warna perak metalik atau merah (Racing Red), BMW F 900 R terbaharu menyerlahkan rasa kebebasan dan kemodenan yang tidak dapat diamati melalui jentera Roadster yang lain. Pelitup tempat duduk penumpang yang disediakan hanya dengan pakej Style Sport menekankan perwatakan sporty BMW F 900 R.
BMW F 900 XR pula hadir dalam Penggayaan Eksklusif (Style Exclusive); warna emas metalik (Galvanic Gold) dengan penawaran pelitup tangki sentral dan pelitup radiator dalam warna kelabu matte metalik (Granite Grey Metallic Matt), berserta posisi tunggangan yang bersifat aktif namun menyelesakan yang sesuai untuk perjalanan panjang. BMW F 900 XR turut menampilkan komponen pelindung tangan yang berasal daripada Original BMW Motorrad Accessories untuk menzahirkan sebuah penampilan yang
tampak lebih sporty. Model ini dilengkapi dengan perisai angin yang menggandingkan penggayaan lasak dengan ciri-ciri perlindungan bertaraf tinggi buat penunggang. Eksklusif hanya untuk BMW F 900 XR, ia turut didatangkan dengan tongkat tengah dan pemegang kompartmen muatan.
Kedua-dua jentera berkenaan menggunakan rangka keluli yang mengintegrasikan komponen enjin sebagai elemen pemikul beban dan tangki bahan api yang kini kembali ke posisi klasiknya yang
berkedudukan di hadapan penunggang. Fungsi kawalan roda hadapan dikendalikan oleh cabang teleskopik songsang, sementara roda belakang dikendalikan oleh lengan ayun dwisisi dengan topang suspensi sentral. Capaian spring hadapan berukuran 135 mm bagi BMW F 900 R, dan 170 mm bagi BMW F 900 XR, sementara ukuran bagi seksyen belakang pula ialah 142 mm bagi BMW F 900 R dan 172 mm bagi BMW F 900 XR.
Tangki bahan api yang ringan dan hadir dengan kimpalan plastik ini berkapasiti 13 liter bagi BMW F 900 R, dan 15.5 liter bagi BMW F 900 XR, ia julung kali diperkenalkan dalam produksi motosikal. Rangka keluli belakang juga telah diperbaharui untuk BMW F 900 R dan BMW F 900 XR untuk membuahkan penampilan yang tampak lebih singkat dan langsing dari sudut belakang. Sementara BMW F 900 R hadir sebagai roadster dinamik yang memfokuskan tunggangan serba sporty, justeru capaian springnya berukuran lebih pendek, BMW F 900 XR pula mempunyai capaian spring yang lebih panjang – ia meningkatkan tahap keselesaan dan boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan.
Untuk memastikan perjalanan penunggang menjadi lebih jelas di atas jalan raya, lampu hadapan yang mengguna pakai teknologi LED turut dirangkumkan ke atas jentera ini sebagai tawaran standard. BMW F 900 R didatangkan dengan satu lampu hadapan, manakala BMW F 900 XR akan menampilkan dua lampu hadapan. Kedua-duanya mengoptimumkan pencahayaan lampu rendah dan tinggi. Ciri-ciri
keselamatan turut diperkayakan untuk tunggangan pada waktu malam, Lampu Membelok Adaptif (Adaptive Cornering Light) – iaitu sesuatu yang unik dalam segmen kelas pertengahan dan disediakan sebagai opsyen tambahan dengan “Headlight Pro” yang dapat dilengkapkan terus dari kilang pengeluaran.
Tujahan berkuasa tinggi dengan enjin yang diperbaharui.
BMW F 900 R dan BMW F 900 XR disuntik nafas oleh enjin sebaris dua silinder yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2018 menerusi BMW F 850 GS; kini hadir dengan 77 kW (105 kk) pada paras 8,750 rpm, dan tork berjumlah 92 Nm pada paras 6,500 rpm. Enjin berkenaan juga
membekalkan tork yang bernilai lebih daripada 87 Nm dalam julat kelajuan yang lebih rendah iaitu di antara 4,500 hingga 8,500 rpm. Peningkatan dari segi prestasi dan bekalan tork yang lebih memuaskan dapat dicapai dengan meningkatkan kapasiti enjin ini kepada 895 cc (sebelum ini 853 cc), dengan
membesarkan gerek silindernya.
Berbekalkan nisbah pemampatan bernilai 13.1:1, aci engkol (crankshaft) dengan cemat engkol (crankpins) ofset 90 darjah serta jarak pembakaran berjumlah 270/450 darjah – termasuk sistem peredam bunyi “underfloor” yang baharu, enjin berkenaan dapat beroperasi dengan membuahkan
bunyi yang bersifat emotif. Tunggangan yang lancar dipertingkatkan melalui dua aci pengimbang bersilang di hadapan dan di belakang komponen aci engkol.
Selain kelengkapan klac ‘anti-hopping’ yang standard, BMW F 900 R dan BMW F 900 XR juga boleh
dilengkapi dengan kawalan tork seretan enjin (MSR) buat pertama kali. Shift Assistant Pro juga ditawarkan sebagai opsyen tambahan bagi jentera-jentera baharu ini, lantas membolehkan transmisi 6 kelajuan kenderaan ini dianjak naik dan turun tanpa menggerakkan klac.
Kedua-dua motosikal didatangkan dengan dua mod tunggangan standard, “Rain” dan “Road” untuk memudahkan penyesuaian buat penunggang. Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) yang boleh dinyahaktifkan dengan mudah juga disediakan sebagai standard. “Riding Modes Pro” ditawarkan sebagai opsyen yang boleh ditempah terus dari kilang, ia menawarkan mod-mod tunggangan tambahan seperti “Dynamic” dan “Dynamic Pro”, berserta dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (“Dynamic Traction Control” atau “DTC”), ABS Pro, Kawalan Brek Dinamik (“Dynamic Brake Control” atau “DBC”) dan kawalan tork seretan enjin (MSR) yang baharu.
Teknologi informasi yang luar biasa dengan BMW Motorrad Connectivity.
Kedua-dua jentera tersebut kini membawakan “Connectivity” sebagai kelengkapan standard dengan sebuah kluster instrumen multifungsi dan skrin TFT besar 6.5” berwarna penuh. Menerusi BMW Motorrad Multi-Controller yang berkedudukan di bar hendal kiri, ia bermakna penunggang boleh mengakses fungsi kenderaan dan keterhubungan dengan segera dan mudah. BMW Motorrad Connectivity juga merupakan ciri kefungsian yang unik bagi jentera kelas pertengahan, ia membekalkan kebolehan untuk bercakap melalui telefon, mendengar muzik atau menavigasi ketika menunggang dengan mudah.
Jentera BMW F 900 R dan BMW F 900 XR yang terbaharu boleh didapati di semua premis wakil pengedar di seluruh negara mulai 29 Februari 2020.
Perkhidmatan Pembiayaan.
Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW F 900 R terbaharu bermula daripada RM 770.00 setiap bulan, dan BMW F 900 XR terbaharu bermula daripada RM 850.00 setiap bulan. Angka yang dinyatakan ini adalah berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh 4 tahun.
Para pemilik juga boleh menikmati manfaat-manfaat tambahan dengan rangkaian servis yang bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti yang ditawarkan oleh BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di https://www.bmwmotorrad.com.my/en/service/services/warranty.html.
Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3
Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad
Malaysia) motosikal-motosikal BMW Motorrad yang terbaharu ialah:
BMW F 900 R Terbaharu: RM 62,500.00
BMW F 900 XR Terbaharu: RM 69,500.00