Bagi mereka yang meminati dunia pengembaraan bermotosikal, tentu akan mengimpikan sebuah jentera pelbagai guna yang memenuhi keperluan pengembaraan mereka. Antara model yang popular dari awal kemunculannya hingga kini, menjadi pilihan utama di seluruh dunia begitu juga di Malaysia, yang juga membawa simbol kemewahan bagi peminat motosikal ialah BMW GS 1250R dan BMW GSA 1250R.Kebetulan pihak EnjinDotcom berkesempatan menggunakannya serentak kedua model ini,walaupun masa terlalu singkat.Bukan senang untuk mendapat kepercayaan sebegini daripada salah satu syarikat permotoran terkenal, BMW Motorrad, terima kasih kami ucapkan.Tugas ini kami serahkan pada juru panduuji kami Stick yang akan mengunakannya di bantu oleh penunggang uji ke-2 kami saudara Sapoi.
Kesempatan ini kami gunakan untuk menunggang 2 buah anak gajah ini menyusuri jalan raya yang umum di Malaysia sambil merasai apa yang hebatnya dengan model BMW GS 1250R 2019 ini. Sekali imbas, kedua-dua model ini kelihatan hampir sama, tetapi jika diamati dengan lebih teliti, ada perbezaan ketara antara GS dengan GSA iaitu saiz tangki bahan api dan rekaan bahagian hadapan motosikal ini dan juga GSA lengkapi dengan besi-besi keselamatan di sekeliling bahagian hadapan. Sejarah BMW GS sebagai motosikal lasak adventure ini telah bermula dari tahun 1980 ketika BMW R80G dan BMW R80S diperkenalkan. GS merujuk kepada sama ada Gelände / Straße (Jerman: off-road / road) atau Gelände Sport.
Bukan mudah kita hendak memulakan perjalanan dengan menunggang motosikal super adventure sebegini dengan reka bentuknya yang tinggi dan berat. Penunggang yang benar-benar biasa dan berbadan besar sahaja mampu mengawalnya dengan selesa. Ini tidak juga bermakna penunggang yang bersusuk tubuh kecil tidak mampu mengawal dan menunggang BMW GS ini, tetapi kadangkala ia boleh menjadi sukar terutamanya ketika berhenti atau melalui jalan yang tidak rata. Masa itu akan kelihatan muka masing-masing tersenyum paksa sambil mengawal dan mengimbangi motosikal ini. Oleh sebab itu sebelum menunggang sesebuah motosikal, perkara utama yang harus diambil kira ialah keselesaan dan kemudahan untuk mengimbangi sesebuah jentera itu sebelum menunggangnya. Ia amat penting terutamanya untuk sebuah jentera lasak sebegini yang direka untuk semua jenis permukaan muka bumi.
Bagi model BMW GS 1250R, kedudukan pelananya agak rendah dan selesa bagi admin yang berketinggian 172 cm. Hendal boleh dipegang dengan kemas semasa duduk dan kaki hanya sedikit sahaja terjingkit di permukaan tanah. Bagi admin GS 1250R ini lebih mudah dikawal dan ditunggang kerana lebih ringan dari GSA. Reka bentuk BMW GS ini dari awal ia diperkenalkan sehingga sekarang tidak banyak berubah dengan setiap pengenalan model baharu. Hanya perubahan kosmetik luaran, teknologi dan kuasa enjin yang menampakkan perubahan yang semakin kemas dan mantap. Ini merangkumi reka bentuk tangki bahan api, rekaan bahagian hadapan hingga ke belakang pasti ada perubahan. Kuasa enjin juga akan ditala secara optimum seiring dengan perubahan yang diperkenalkan pada setiap kemunculan terbaru.
Kita mulakan dengan BMW GS 1250 dahulu yang saiz fizikalnya lebih kecil dari GSA. Model ini antara yang digemari bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan motosikal kembara yang besar. Bagi admin, untuk mengawal motosikal ini dan beratnya masih boleh dibawa berbincang apatah lagi keselesaan menunggangnya membuatkan masalah kecil seperti ini boleh dilupakan.Rekabentu lebih ramping dari GSA membuatkan ia lebih mudah dikawal terutama di kesesakan jalanraya dan mengimbangi motosikal lebih yakin. BMW GS 1250 sebuah motosikal yang merangkumi semua kegunaan samada di jalan raya desa atau bandar, perjalanan dekat atau jauh. Posisi menunggang yang tegak dan sudut pandangan yang tinggi dan jelas membuatkan kita yakin dan dalam kawalan di semua keadaan. Bila di lebuh raya, anda yang menunggang sportbike jangan terkejut jika tiba-tiba di belakang anda ada sebuah GS dengan selamba cucuk angin. Ini pernah terjadi kepada admin ketika menunggang sebuah superbike. Laju tak laju la kan untuk jalan raya di Malaysia ini. Tapi bukan itu tujuan kita menunggang motosikal, semata-mata untuk kelajuan.
Salah satu faktor yang membuatkan ramai memilih jentera adventure GS ini ialah, selain dari jenama BMW itu sendiri, adalah keseronokan tunggangan jentera berenjin boxer ini yang mempunyai identiti tersendiri yang tidak terdapat pada jenama lain. Kuasa enjinnya cukup memadai untuk kita gunakan pada bila-bila masa tak kira di mana jua permukaan jalan yang kita redah. Nama ‘GS’ itu sendiri sudah cukup gah. Tunggang lah ia kemana-mana konvoi, secara santai atau bersama kawan-kawan anda, pasti penampilan jentera BMW ini tidak mendukacitakan. Pembaharuan utama yang menjadi perhatian adalah pada bahagian enjin, di mana unit boxer pada motosikal ini sekarang dilengkapi dengan ShiftCam, iaitu satu sistem yang memberikan pemasaan injap boleh ubah untuk memperbaiki penggunaan bahan api dan menepati tahap emisi yang ditetapkan. Sistem ini digunakan untuk injap yang berada pada bahagian intake. Juga terbaru untuk dua motosikal R 1250 ini adalah rantai penggerak cam bergigi, yang menggantikan rantai jenis roller sebelum ini. Dipadankan lagi dengan injector twin-jet, enjin 1,254 cc pada R 1250 ini boleh menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 7,750 rpm dan 143 Nm tork pada 6,250 rpm.
Untuk sistem keselamatan, Automatic Stability Control (ASC) – atau juga boleh dikenali sebagai kawalan cengkaman – serta Hill Start Control (HSC) didatangkan secara standard untuk dua model R 1250 baru ini. Kemudiannya, disediakan pula dalam pilihan tambahan adalah Riding Modes Pro, yang memberikan tambahan mod tunggangan, Dynamic Traction Control (DTC), ABS Pro, Hill Start Control Pro dan Dynamic Brake Assistant (DBC).
BMW GSA pula adalah pilihan bagi penggemar kembara lasak sejati melihatkan kepada apa yang di tawarkan oleh BMW pada model ini. Tangki bahan api yang besar serta aksesori kembara sebagai aksesori standard yang sedia digunakan menjadikannya pilihan utama pengembara jarak jauh yang mementingkan keselesaan dan perjalanan lancar. Perjalanan menjadi lebih mencabar dengan GSA ini untuk menempuh pelbagai bentuk rupa muka bumi serta merasai cabaran dan halangan dengan jentera lasak ini. Pengalaman dan teknik mengawal adalah kelebihan bagi jentera besar dan berat ini, bukan biasa-biasa bagi kita yang jarang bermain lumpur dan tanah. Menunggang dua anak gajah ini di dalam bandar bukan sesuatu yang indah terutamanya jika anda menunggangnya lengkap dengan kotak-kotak barang. Pengalaman yang kurang manis jika anda tidak mahir mengawal jentera ini tetapi tidak bagi yang sudah biasa dan mahir kerana ia bukan satu masalah besar untuk mengawalnya dan kuasa yang dihasilkan enjinnya membuatkan ia cukup mudah menyusuri kesesakan bandar, terutamanya GS yang lebih ramping berbanding dengan GSA.
Aksesori pilihan yang ada pada model BMW Motorrad membantu menyediakan penunggang dengan penyelesaian inovatif untuk navigasi harian. Ia menggunakan maklumat berkaitan multimedia bagi bantuan untuk menunggang dengan jelas dan operasi intuitif yang menghubungkan motosikal ke telefon pintar dan topi keledar melalui Bluetooth dan menghasilkan kemudahan yang sama sekali baharu yang mampu mengawal pelbagai fungsi dengan mudah pada setiap masa. Kluster instrumen elektronik tradisional digantikan dengan paparan TFT yang jelas, memberikan akses berterusan kepada navigasi, panggilan telefon dan maklumat tambahan motosikal serta maklumat sedia ada seperti yang dipaparkan sebelum ini iaitu kelajuan motosikal dan revolusi enjin. Di samping itu, terdapat lebih banyak fungsi tambahan yang tersedia dengan aplikasi BMW Motorrad Connected percuma, menggunakan aksesori tambahan yang berhubung dengan Motorrad Connected BMW App, menjadikan navigasi harian lebih mudah menggunakan sambungan antara telefon pintar dan motosikal BMW. Ia memberi arahan dengan jelas dan boleh dipercayai ke destinasi anda dengan anak panah belokan yang ditunjukkan pada paparan TFT. Malah, dalam tetapan di dalam bandar, paparan anak panah ini adalah intuitif dan bermanfaat. Apabila tiada rangkaian mudah alih, peta offline juga boleh digunakan untuk navigasi. Bagi perjalanan yang lebih lasak dan mencabar, penunggang juga boleh menggunakan BMW Motorrad Navigator yang dicipta serasi dengan paparan TFT.
OK. Itu serba sedikit perihal teknikal kedua-dua model BMW GS ini. Admin lebih tertumpu untuk kongsikan pengalaman dan kesesuaian jentera ini bagi perjalanan dekat atau jauh mengikut keselesaan menunggang di jalan raya persekutuan dan lebuh raya. Cuma admin tidak berkesempatan untuk menguji tunggang model-model ini di jalan tanah atau off-road. In Shaa Allah kita akan buat cerita pengalaman ini akan datang.
Gear Shift Assist Pro adalah ciri yang digemari oleh pelumba dan juga penunggang di jalanan yang membolehkan penunggang menaik dan menurunkan gear tanpa menarik tuil klac. Ini bermakna penunggang sentiasa memegang hendal dengan cengkaman yang tetap dan mengurangkan masa peralihan serta mengurangkan kesan perubahan beban pada roda belakang.
Dengan enjin berkembar empat stroke yang disejukkan dengan cecair, double overhead camshaft, satu aci balance dan sistem masa enjin pembolehubah BMW ShiftCam. Kapasiti enjin adalah 1,254 ccm dengan kuasa 100 kW (136 PS) pada 7,750 Maks. tork 143 Nm pada 6,250.Kawalan campuran Elektronik pengambilan paip suntikan kawalan pelepasan Closed-loop penukar pemangkin 3-cara, pelepasan standard EU-4 dengan harga anggaran bagi BMW GS1250R RM 116,500.00 dan BMW GSA 1250R RM 125,500.00.