Perak – Volvo Car Malaysia, pembuat kereta premium, telah melancarkan sebuah ruang pameran baharu di Ipoh hujung minggu lalu, yang bertujuan membolehkan pelanggan mereka di Perak mempunyai lebih akses kepada jenama Volvo dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Diusahakan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, ruang pameran ini merupakan nilai tambah kepada rangkaian penjual Volvo dan ia terletak berhampiran dengan lapangan terbang, dan juga Ipoh City & Country Club.
Ruang pameran baharu tersebut telah dilancarkan pada hari Jumaat (November 8, 2019) dan 250 pelanggan telah hadir ke galeri tersebut sepanjang hujung minggu lalu.
Memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk jenama Volvo di Perak, Pusat 3S baharu ini (Sales, Service dan Spare Parts) memaparkan ruang pameran yang sempurna berinspirasikan Scandinavian. Ia mempamerkan model-model terbaharu Volvo dan merupakan pusat perkhidmatan lengkap dengan empat ruang membaiki kenderaan. Model-model yang kini dijual adalah Volvo XC60, Volvo S90, Volvo XC40, dan Volvo XC90 berwajah baharu serta Volvo S60 baharu.
Pusat 3S baharu ini memenuhi piawaian jualan terbaharu Volvo Cars, yang dikenali sebagai Pengalaman Jualan Volvo atau Volvo Retail Experience (VRE). VRE diwujudkan untuk memberi tumpuan terhadap asas jenama Volvo untuk menyediakan khidmat pelanggan terbaik dalam empat bidang utama – Pengalaman Mewah Kontemporari, Kefahaman, Interaksi dan Kesejahteraan – yang melambangkan inspirasi nilai jenama Scandinavian ini.
“Kami sangat berbesar hati dengan peluang ini dan berharap dapat meluaskan lagi perkhidmatan serta menyediakan pengalaman yang berkualiti untuk pelanggan-pelanggan kami,” kata Encik Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.
Kami berbangga Volvo Car Malaysia telah memilih kami sebagai rakan kerjasama di Ipoh, dan sama-sama memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan dan produk keluaran Volvo,” kata Encik Tan Loon Shen, Pengarah Urusan iRoll Ipoh Sdn Bhd.
Volvo Car Malaysia telah mengalami peningkatan jumlah jualan hasil rangkaian jualannya yang kukuh – berikutan pelan transformasi Volvo Car Malaysia yang telah dilaksanakan. Untuk suku pertama 2019, Volvo Car Malaysia menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 60%, berbanding 28% tahun lalu.
Alamat dan waktu operasi ruang pameran sebagaimana berikut:
Alamat:
iRoll Ipoh Sdn Bhd
Lot No. 2917S,
Jalan Raja Permaisuri Bainun (Jalan Kampar),
30250 Ipoh Perak.
Waktu Operasi:
Isnin hingga Sabtu – Dari 9 pagi hingga 6 petang
Ahad dan Cuti Umum: Tutup
Untuk maklumat lanjut mengenai iRoll Ipoh dan ruang pameran mereka, hubungi 05-246 1618 atau e-mel [email protected].