- Keluarga Black Badge mendefinisikan corak cita rasa generasi konsumer mewah lampau baharu
- Cullinan diperkenalkan sebagai suatu ekspresi paling urban motorkar Black Badge yang legam
- Buat kali pertama proprietari jenama kenderaan ‘Architecture of Luxury’ menjalani perawatan Black Badge
- Enjin V12 6.75-liter kini menjana kuasa (600PS) dan tork (900Nm) yang lebih tinggi
- Rangkaian pemacu (drivetrain) dan casis direka bentuk semula untuk prestasi dinamik yang lebih baik
- Buat kali pertama koleksi terkurasi memperkenalkan kulit Forge Yellow dan venier Karbon Teknikal (Technical Carbon)
- Roda aloi Bespoke diperkenalkan dalam gaya organisasi (house-style) Black Badge
- Simbol lemniskat infiniti sekali lagi mengkodifikasikan ekspresi noir Rolls-Royce
“Black Badge mencerminkan keinginan sekumpulan pelanggan Rolls-Royce yang berbeza: jejaka dan wanita yang berani mengambil risiko, mencabar kelaziman dan membina kejayaan dengan usaha sendiri. Sesungguhnya, sebelum kami melancarkan Black Badge pada 2016 idea untuk menghasilkan sesuatu produk yang mampu memuaskan kohort subversif ini – dengan estetik yang lain daripada yang lain dan sangat dinamik – menimbulkan banyak perbicaraan dalaman. Namun, sebaik sahaja para pereka, jurutera dan tukang kraf mula mengusahakan alter ego yang dramatik ini, jelas sekali bahawa motorkar ini bukan sahaja bernaung di bawah jenama yang dihormati dan bersejarah malah membuka ruangan baharu kepada pasaran mewah lampau ini. Oleh itu, tibanya masa untuk kewujudan ekspresi Black Badge Rolls-Royce yang paling berani dan legam. Juga dikenali sebagai “The King of the Night, Black Badge Cullinan.”
– Torsten Müller-Ötvös, Ketua Pegawai Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars –
Pengenalan
Di Pameran Motor Geneva pada Mac 2016, Rolls-Royce Motor Cars mempersembahkan Black Badge; motorkar yang tetap dalam Keluarga Bespoke mendefinisikan corak cita rasa generasi konsumer mewah lampau baharu. Produk yang berani dan berdinamik tinggi ini menarik perhatian mereka yang enggan menerima kod kemewahan tradisional serta memikat hati ramai pelanggan baharu kepada jenama, diyakinkan oleh kefasihan Rolls-Royce dalam membentuk keperluan gaya hidup tanpa kompromi serta estetik yang berani.
‘Alter ego’ yang begitu berjaya ini dikodifikasikan oleh simbol matematik infiniti yang membawa makna tanpa batasan, terpamer tanpa menonjol di dalam bahagian dalaman motorkar. Simbol ini, juga dikenali sebagai lemniskat, pernah digunakan pada Blue Bird K3 yang dikuasakan oleh Rolls-Royce, iaitu sebuah pesawat peluncur yang memecahkan rekod milik Sir Malcolm Campbell, menunjukkan bahawa ia berada dalam kelas terjamin untuk bot dengan kuasa enjin tanpa batasan, iaitu infiniti. Rolls-Royce Motor Cars memilih cap kempa ini untuk Black Badge, kerana simbol ini meyerupai sifatnya yang tidak terhenti-henti dalam mengejar kuasa.
Rolls-Royce memperkenalkan Black Badge untuk kali pertama bersama-sama dengan Wraith dan Ghost pada 2016 diikuti Dawn pada 2017. Kini, keluarga ini lengkap dengan pengenalan Black Badge Cullinan: sebuah lagi kenyataan Black Badge yang paling urban dan legam.
Cullinan Yang Legam
Direka untuk memenuhi permintaan yang mengagumkan daripada pelanggan yang semakin muda dan lebih menggemari cabaran, Cullinan yang berwarna perak, dilancarkan kepada orang ramai pada 2018, lantas menjadi SUV mewah lampau yang terbaik di dunia. Menggabungkan kemewahan dalam bentuk yang paling tulen dengan kebolehan luar jalan raya (off-road) dan sifat praktikal yang sejati, Cullinan jelas sekali direka berasaskan janji demi pengalaman yang lancar di mana-mana sahaja (Effortless, Everywhere).
SUV Rolls-Royce ini berjaya memikat hati kumpulan pelanggan baharu yang menginginkan akses bebas ke tempat-tempat di luar jangkaan dan pengalaman yang paling bernilai. Namun, di dalam kumpulan ini, terdapat subset individu yang mencari-cari cara untuk menyembunyikan kehadiran kenderaan yang begitu ketara pada waktu malam. Cullinan telah berjaya menguasai pencapaian yang paling luar biasa di dunia. Kini masanya Black Badge Cullinan menakluki sempadan urban baharu.
Luaran Black Badge Cullinan: The King of the Night
Pelanggan boleh memilih daripada 44,000 warna sampel yang sedia ada ataupun menghasilkan warna Bespoke peribadi. Dijangkakan bahawa ramai yang akan memilih warna Black iaitu warna ‘Signature’ untuk Black Badge. Berbilang lapisan cat dan lakuer disapu dengan teliti dan digilap tangan sebanyak 10 kali di Ibu Pejabat Rolls-Royce di Goodwood, West Sussex, mewakili proses kemasan permukaan paling komprehensif yang pernah digunakan pada warna cat tunggal. Kedalaman dan keamatan badan kenderaan Black Badge Cullinan merupakan kanvas yang sempurna untuk menonjolkan Garisan Koc (Coachline) yang dicat tangan.
Ekspresi Black Badge yang paling penting terletak di bahagian hadapan motorkar. Maskot The Spirit of Ecstasy, yang banyak berubah-ubah bentuk sepanjang sejarah syarikat, dibuat dengan krom hitam yang sangat berkilat. Untuk kali pertama kemasan ini dilanjutkan ke atas plat cagakan, menghasilkan Black Badge yang legam.
Transformasi ini turut digunakan pada simbol lain Black Badge. Lencana “R-R” (Double R) berwarna perak atas permukaan hitam dengan kesan timbul-tenggelam terletak di hadapan, manakala permukaan krom seperti keliling gril hadapan (front grille surround), kemasan bingkai tepi (side frame finisher), pemegang but (boot handle), trim but (boot trim), kemasan salur masuk udara bawah (lower air inlet finisher) dan paip eksos (exhaust pipe) digelapkan. Walaupun kelihatan legam, bar gril vertikal (vertical grille bar) tetap digilap sehingga berkilat untuk memantulkan pergerakan persekitaran yang dinamik.
Efek keseluruhannya memudahkan dan memperbesar grafik rekaan luaran motorkar secara licin, menekankan sifat perkadaran dan posisi keyakinannya. Ciri ini ditekankan lagi dengan roda aloi buatan 22-inci yang baharu, terpelihara secara eksklusif untuk Black Badge Cullinan. Direka dengan gaya organisasi Black Badge, grafik yang menyerupai gear menekankan lagi kuasa simpanan tinggi yang ada pada model ini manakala mengingatkan kembali tentang lemniskat infiniti.
Rekaan berwarna hitam yang digilap ini juga dipadankan dengan angkup brek (brake calliper) berwarna yang pertama dalam sejarah pembuatan jenama. Cat Merah yang sangat berkilat (high gloss Red) dicipta khas untuk menahan suhu yang tinggi hasil daripada sistem brek yang dipertingkatkan sambil mengekalkan kemasan licin dan sempurna Rolls-Royce yang sewajarnya.
Dalaman Black Badge Cullinan: Keselesaan yang tinggi. Rekaan yang berani
Biasanya, banyak usaha diperlukan untuk menjauhkan seseorang pemilik Rolls-Royce daripada fungsi mekanikalnya. Namun, pakar Warna dan Trim (Colour and Trim) jenama ini mensensasikan bahan kejuruteraan Black Badge secara halus, dengan mengemblengkan ciri-ciri keselesaan yang tinggi, estetik yang berani, bahan yang maju dan kerja tangan yang persis dan teliti dengan sempurna.
Etos ini terangkum dengan sempurna oleh venier Karbon Teknikal Black Badge Cullinan. Berdasarkan falsasah pengasas Sir Henry Royce, “Jika sesuatu itu tidak wujud, kita reka” (“If it does not exist, design it”), kolaborasi antara para pereka, jurutera dan tukang kraf jenama ini telah menghasilkan sesuatu bahan mewah yang baharu. Berinspirasikan reka bentuk urban karya agung, kemasan serat-karbon tenunan terbuka (naked-weave carbon fibre) telah direka untuk menghasilkan bentuk geometri ulangan yang sangat tepat dengan efek tiga-dimensi yang jelas.
Setiap dedaun Karbon Teknikal dikemaskan dengan enam lapisan lakuer sebelum dibiarkan kering selama 72 jam, kemudian digilap tangan untuk menghasilkan kemasan cermin cap kempa (hallmark mirror finish) Rolls-Royce. Proses ini mengambil masa sehingga 21 hari dan dianggap selesai selepas setiap kepingan diperiksa oleh tukang kraf untuk memastikan keseragaman reflektif yang lengkap pada setiap satu daripada 23 kepingan dalam kenderaan ini.
Penyandar Kepala yang dihiasi kerdipan bintang (Starlight Headliner) telah menjadi salah satu ikonografi bersejarah Rolls-Royce seperti the Spirit of Ecstasy, Gril Pantheon (Pantheon Grille) dan monogram ‘R-Berganda’ (‘Double R’ monogram). Kewujudannya pada Black Badge Cullinan meningkatkan lagi suasana kabin dengan sinaran cahaya malap di atas tempat duduk kulit yang mewah. Kulit yang berwarna hitam, dengan 1344 cahaya optik gentian yang disulam tangan, merupakan cerminan sebenar keadaan langit malam dengan lapan bintang meteor yang berkerdipan secara rawak merentasi bahagian atas tempat duduk hadapan, mengukuhkan lagi daya tarikan pemilik-pemandu motorkar tersebut secara halus.
Berdasarkan falsafah jenama Bespoke, Black Badge Cullinan menggunakan pelet warna dalaman (interior colour palette) dengan konfigurasi pilihan warna yang hampir tiada batasan. Pelanggan Black Badge sentiasa menggunakan ruang dalaman sebagai pentas untuk menghasilkan rekaan corak berwarna-warni dengan kontras yang dramatik, maka pereka Warna dan Trim Cullinan Rolls-Royce mencipta warna kulit baharu yang berani, Forge Yellow, sebagai sebahagian daripada koleksi terkurasi jenama ini. Semua pilihan warna kulit boleh digunakan untuk menghasilkan Suit Pandang (Viewing Suite) motorkar atau digunakan dalam rekaan Modul Rekreasi Bespoke (Bespoke Recreation Module) mengikut spesifikasi yang tepat para pelanggan.
Sentuhan terakhir yang melengkapkan tempat duduk dalaman: motif lemniskat ‘Infiniti’ disulam pada tempat rehat tangan lipat turun di belakang (fold-down rear arm-rest) sebagai peringatan yang anggun kepada maksud di sebaliknya. Simbol yang ringkas lagi bermakna ini juga digunakan pada plat pemijak bercahaya (illuminated treadplate) dan diukir pada jam, yang dibingkaikan dalam bekas keluli bergilap dan gelap, yang membawa perkataan “Cullinan”. Jarum jam dengan hujung berwarna merah dan jarum paparan pemuka (instrument display) juga memberikan peringatan yang terpendam kepada pemandu tentang kehandalan dinamik motorkar ini serta perincian angkup brek berwarna merah.
Kejuruteraan Black Badge Cullinan. Rahsia ‘The Architecture of Luxury’.
Black Badge jauh melebihi perawatan estetik. Dalam penghasilan kelas motorkar ini, amat penting sekali untuk Rolls-Royce melengkapkan motorkar ini dengan personaliti dinamik yang dirancang teliti supaya sepadan dengan identiti visualnya yang begitu menawan. Malah, disebabkan harapan yang amat tinggi daripada pelanggan, protokol ujian yang rapi dan menyeluruh dijalankan selama lebih daripada tiga tahun untuk memastikan bahawa Black Badge Cullinan relevan kepada keperluan mereka.
Kunci kepada keterujaan viseral Black Badge Cullinan ialah ‘The Architecture of Luxury’, iaitu reka bentuk kerangka seluruh aluminium yang pertama sekali diperkenalkan dalam model Phantom 8. Sub-struktur ini bukan sahaja memberikan kekerasan badan yang luar biasa, malah fleksibiliti dan kebolehan skalarnya membolehkan Cullinan yang berwarna perak dipasang dengan pemacuan semua-roda dan kemudi empat-roda. Ciri-ciri dinamik ini telah direkabentuk semula dan dieksploit secara komprehensif untuk Black Badge manakala kualiti pacuan tiada tandingan yang membawa kejayaan kepada Rolls-Royce dikekalkan.
‘The Architecture of Luxury’ direka bentuk untuk mencapai keperluan saiz dan berat sistem pendorongan yang berlainan. Apabila pemandu menekan butang ‘Low’ yang terletak pada tangkai seleksi gear (gear selection stalk), mereka membuka teknologi suit Black Badge Cullinan sepenuhnya. Fungsi ini dikukuhkan lagi dengan enjin V12 turbo kembar 6.75 liter melalui sistem eksos yang serba baharu, yang mengumumkan ketibaannya dengan bunyi bes (basso profundo) yang dalam dan autoritatif.
Perubahan dianggap tidak diperlukan untuk kapasiti dalaman enjin yang mencukupi, akan tetapi fleksibiliti enjin V12 turbo kembar perlu dieksploit untuk menjana lebih 29bkk/29ps untuk menghasilkan kuasa output sejumlah 592bkk. Gear infiniti tunggal (single infinite gear) juga diubah untuk meningkatkan penjanaan tork sebanyak 50NM, menjadikan jumlahnya kepada 900NM.
Black Badge Cullinan dipertingkatkan dengan perawatan pendikit (throttle) dan transmisi Bespoke yang amat diperlukan tanpa melemahkan reputasi model Rolls-Royce yang lain. Rangkaian pemacu (drive-train), kotak gear ZF 8-kelajuan (ZF 8-speed gear box) dan kedua-dua gandar hadapan dan belakang (front and rear steered axles) berfungsi secara kolaboratif untuk menyelaraskan tahap keterlibatan dengan bergantung kepada input pemacuan dan pendikit. Perubahan dilakukan terhadap tetapan (setting) dan komponen suspensi untuk mengukuhkan teknologi dinamik yang memastikan kesimbangan antara dinamisme dan penyempurnaan. Apabila ditekan, terhasilnya sebuah kenderaan yang berfungsi dengan sangat baik dalam kelajuan rendah dan peranti pilihan pemandu.
Untuk meningkatkan keyakinan apabila menggunakan alter ego Cullinan, titik brek (braking bite point) dinaikkan manakala jarak pedal brek (pedal travel) dikurangkan. Disk brek yang direka semula juga memastikan konsistensi perubahan ini apabila brek ditekan pada suhu yang meningkat. Black Badge Cullinan kini sedia menerima tempahan.