Kuala Lumpur 14 October 2019 – Goodyear Malaysia telah mengemaskini keluaran Assurance DuraPlus dengan Assurance DuraPlus 2 baru yang dilengkapi dengan Teknologi TredLife yang direka untuk memberikan perbatuan dan ketahanan yang lebih lama. Dengan menggunakan rekabentuk bunga tayar, bentuk rongga dan sebatian rumusan semula tahan lama yang inovatif, tayar Assurance DuraPlus 2 mampu memanjangkan hayatnya sejauh 110,000 km 1 tanpa menjejaskan keselamatan dan prestasi.
Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata: “Di Goodyear, kami mempunyai komitmen yang mantap untuk terus berinovasi. Bermula dari menjadi tayar pertama di bulan sehingga membangunkan prototaip futuristik seperti tayar Aero untuk kereta terbang, kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi teknologi tayar, dan Assurance DuraPlus 2 baru tanpa syak lagi merupakan testimoni terbaru terhadap komitmen tersebut. Tayar ini mempunyai beberapa ciri-ciri kemajuan terbaru kami, contohnya, corak bunga tayar yang inovatif dan sebatian rumusan semula demi menawarkan hayat bunga tayar yang lama, cengkaman optimum dan bunyi bising jalan yang minimum untuk ketenangan sebenar.”
Rekabentuk Bunga Tayar Inovatif
Corak bunga tayar pada Assurance DuraPlus 2 dilengkapi rekabentuk simetri dengan lebar bunga tayar yang lebih lebar. Ini membolehkan ruang permukaan lebih besar bagi tayar untuk bersentuhan dengan jalan pada bila-bila masa, dan juga tahap fleksibiliti yang lebih tinggi untuk berputar untuk sebarang penggunaan tidak teratur.
Di samping itu, bentuk rongga yang dipertingkatkan membantu memberikan jejak yang lebih tepat dan seimbang untuk menyebarkan aliran tekanan secara sama rata yang membawa kepada lanjutan perbatuan. Manakala itu, alur sisi sempit di sepanjang sisi tayar membantu mengurangkan bunyi jalan yang disebabkan oleh pam udara. Bunyi bising dikurangkan lagi dengan menggunakan jalur getah di antara pelapik dan jejalur untuk meredakan sebarang getaran secara fizikal.
Rumusan Semula, Sebatian Tahan Lama
Melalui formula sebatian yang dipertingkatkan, kekuatan ketegangan tayar dan rintangan penggunaan telah meningkat dengan ketara, demi memastikan prestasi perbatuan yang tinggi. Penggunaan sebatian ini tidak hanya terdapat pada sepanjang tapak, tetapi juga di sepanjang dinding tepi untuk memberikan rintangan jangka panjang terhadap kerosakan yang disebabkan oleh faktor persekitaran. Selain itu, Assurance DuraPlus 2 menggunakan sekurang-kurangnya dua lapisan modulus tinggi, bahan penyerapan rendah pada dinding sisi, yang membantu untuk memastikan rintangan yang kuat terhadap impak luaran.
Benjamin Chong, Pengurus Produk Goodyear Malaysia menambah: “Assurance DuraPlus 2 baru menampilkan Teknologi TredLife, yang pada dasarnya adalah kombinasi corak bunga simetri, sebatian yang lebih baik dan penghasilan 2-pelapik pada seluruh tayar. Unsur-unsur ini meningkatkan ketahanan tayar sepenuhnya, untuk memberikan tempoh jangka hayat tanpa tandingan, yang amat penting di negara seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai keadaan jalan raya. “
Goodyear Assurance DuraPlus 2 kini boleh didapati di semua Pusat Goodyear AutoCare seluruh Malaysia, dengan saiz antara 13 hingga 16 inci denga harga bernilai antara RM136.00 hingga RM293.00.