KAWASAKI ZX6 – 2019

Kalau abang dia terkenal dengan model Kawasaki ZX10 yang menempa nama diseluruh dunia baik di jalanraya atau di litar perlumbaan terutama siri kejuaraan SBK,Pada kali ini pihak Enjindotcom telah di beri kepercayaan untuk menguji dan merasai adiknya pula iaitu Kawasaki  ZX6, walaupun kuasa enjinnya kecil berbanding ”Superbike” 1000cc yang lain tetapi model “Sportbike” pertengahan ini ada kelebihannya, terutama dari segi fizikal yang padat, ringan dan mudah dikawal jika sudah biasa dengannya, ianya sesuatu yang tidak disangka-sangka sama sekali.Apa yang admin suka akan Kawasaki ZX6 ini adalah ia mudah cepat mesra untuk kita bermain-main dengan kuasa dan kawalannya ketika meyusuri jalan-jalan yang berselekoh terutamanya.Anda akan cepat merasakan motosikal ini akan mudah difahami dan gaya tunggangannya.Tidak semua peminat dan penunggang secepat atau semahir seolah penunggang motosikal lumba, harus ingat 80% kita berada dijalanraya dari litar lumba kebanyakkannya.Dan memilih dan menyesuaikan diri dengan jentera yang anda rasakan menjadi keperluan adalah wajib dari menjadi hanya ikutan atau trend masakini, memilik motosikal berkuasa tinggi.Jika anda peminat sebuah motosikal “Superbike” seeloknya bermula dari peringkat bawah hingga lah pertengahan seperti Ninja ZX baru ini.

Berbalik pada fokus kita Ninja 6 ini, admin pertama kali apabila duduk, kita dapat merasanya beratnya tidak terlalu tertekan memikirkannya, kerana setiap motosikal perkara pertama antaranya yang kita pikirkan adalah berat!!, ia sebenarnya menganggu keseronokkan kita buat permulaan sebelum menunggang, terutama jika seseorang itu agak kecil atau rendah, yang kadang-kadang agk sukar kaki hendak jejak ke tanah, tidak bagi Ninja 6 ini yang seolah-oleh ianya bagaikan sebuah model 250 yang telah dibesarkan. Apabila enjin motosikal dihidupkan ia  meluncur dengan lancar di jalanraya dengan bunyi  enjin sedap di dengar dari lubang ekzos  yang cukup bertenaga yang akan membuatkan kita leka dan lupa rasa lenguh membongkok melayan setiap selekoh dan jalanraya dengan aman tampa gangguan,

ini lah keseronokkkan sebuah jentera “Sportbike” pada zahirnya seseorang akan mengatakan ianya sebuah motosikal yang “sakit pinggang”, ia benar jika anda menunggang seolah pusing-pusing taman perumahan!!.Menunggng sebuah motosikal bongkok seperti ini hanya untuk yang gemarkan gaya tunggangan agresif seperti motosikal lumba, tetapi tidak bermakna ianya perlu sentiasa sedemikian.Kawasaki ZX6 ini juga adalah jawapan bagi pencabar dari model sekelasnya, yang boleh memberi saingan di pasaran segmen “Superbike” pertengahan.

Admin cukup puas hati untuk model dan ketika ini dengan rekabentuk, tenaga dan juga kawalan dari Kawasaki ZX6 terbaru ini dan sememangnya menunggu dari awal kemunculannya.

walaupun ianya tidak dilengkapi memerlukan peredam stereng, seperti kebanyakan motosikal “Supersport” yang biasa dipasaran, perjalanan keseluruhannya tidak terganggu dan ianya amat  meyakinkan anda hingga dapat melakukannya dengan cepat di setiap selekoh dan jalan yang beralun-alun. Admin telah bawa model sebelumnya tapi dapat rasakan model baru ini lebih mantap walaupun sesetengah orang masih belum terima akan rupabentuk, terutama di bahagian hadapannya yang berubah bentuk .Sesetengah peminat motosikal yang sudah biasa dengan enjin berkuasa besar akan memilih sekurang-kurangnya 1000cc untuk mencapai status tertinggi dalam memiliki jentera “Supersport” ini, akan tetapi bagi admin keseronokkan jentera 600cc ada kelebihan dia terutama Kawasaki ZX6 ini, kerana ianya ringan mudah dikendalikan serta kuasanya kita dapat lagi kita mengagak mengawalnya, terutamanya apabila menunggang dan kesesuaian keadaan jalanraya terutamanya yang kita tempuhi.

Menunggang di kawasan Bandar bukan alasan susah hendak menyelit di celah-celah kesesakkan jalanraya, ia ini sebuah “Supersport 600cc”, tiada masalah untuk itu.Selepas sehari menunggang, baru la admin dapat betul-betul serasi kerana hendak betul-betul yakin dengan jentera Ninja 6 ini, dengan selamba menyusuri jalanraya di kuala Lumpur, ini kerana bentuknya yang padat dan ringan sedikit dari kebanyakkan “Superbike” 1000 cc keatas.Suhu panas haba dari Ninja 6 ini juga tidak terlalu melampau bagi sebuah model “Supersport” yang terkenal dengan haba panas yang dapat rasa dari buku lali kaki hingga ke peha, kalau tak percaya cuba la bawa, terutama memakai kasut biasa bawah buku lali, jika berseluar pendek, walaupun ada admin lihat pemilik selamba berseluar pendek dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, hebat kulitnya, seolah berfesyen tak kena tempat minta maaf cakap, keselamatan di utamakan.

Pasaran model 600 “Supersport” di Malaysia tidak serancak dahulu, Kebanjiran model-model  yang banyak di pasaran dan pilihan terutamanya “model touring dan naked bike” yang saling berganti kemunculan di pasaran, sememangnya Kawasaki tidak dinafikan adalah antara pencetus pasaran motosikal berkuasa tinggi dan antara pengeluar yang menyerlah dalam segmen ini dari dulu lagi dan model yang “supersport 600” yang banyak digunakan serta  peminatnya. Kawasaki Ninja ZX6 ini pengaruhnya amat kuat serta dunia, dari kemunculan  model terawal lagi, hingga kini.Jika anda inginkan jentera yang boleh anda kawal kuasanya dengan mudah dan yakin  seperti mana tungangan “superbike” sambil melayan selekoh-selekoh di hari minggu dijalanraya luar bandar dan sesekali anda ke litar lumba maka ini adalah salah satu pilihan yang patut anda pilih di ruang letak kenderaan rumah anda.

Casis yang terdapat pada motosikal ZX6 ini adalah sama dengan model 2013, walaupun admin  merasakan tempat duduk lebih sempit di bahagian depan dan tangki sempit di bahagian belakang sedikit, ia menjadikannya lebih mudah untuk meletakkan kaki anda di lantai.Suspensi Ninja ini terasa lembut terutama apabila anda menunggang, hingga terasa ianya melantun naik dan turun di atasnya hingga merasakan perjalanan di jalan beralun-alun tidak menganggu tunggangan anda, itu yang buat admin malas nak berhenti hingga minyak menunjukkan ianya kurang!!.jadi leka.

Walaupun begitu melayan keseronokkan jentera ini, ianya juga mempunyai kawalan yang luar biasa diselekoh di setiap sudut, tidak tanduknya  ketika anda masuk selekoh dan keluar, terus membrek seolah tidak berlaku apa-apa yang tidak dijangka dan mengasyikkan, buka semua suka akan kelajuan hingga mencacah 299km/j dan itu bukan kebiasaan dijalanraya terbuka dan awam, kepuasan jentera sebegini adalah melayan selekoh, kemampuan diri dan keselesaan dalam menunggang.

Segala-galanya lebih baik daripada 600 terakhir yang anda naik seperti Kawasaki Zx6 terbaru ini.Semuanya mudah dan admin  dianggap kejuruteraan dengan ergonomik pintar telah dibina.

DenganKapasiti enjin 636cc, cecair empat-lejang.Kuasa 130ps

 @ 13,500rpm Tork 52 lb-ft @11000rpm Kelajuan tertinggi 260km/j (Anggaran) dengan penghantaran 6 kelajuan, pemacu terakhir rantai.Saiz tangki:17 liter, dengan Kawalan ABS dan datang dengan membantu klac, quickshifter!!..menarik menjadi kewajipan untuk model-model “Supersport” masa kini.

Tayar depan 120/70 ZR17 Bridgestone Battlax S22 Tayar belakang 180/55 ZR17 Bridgestone Battlax S22.Kawasaki Ninja 6 ini berat badan 196kg.Harga pasaran model terhangat ini adalah RM79,900.00.