PKNS Bangi Food Truck Garage

Jalan-Jalan Destinasi ENJIN DOTcom

Perniagaan makanan dengan menggunakan lori kecil atau lebih dikenali sebagai Food Truck sememangnya trend perniagaan makanan masa kini. Peniaga tidak terikat dengan sewa premis yang agak tinggi tetapi mempunyai peluang untuk menjalankan operasi perniagaan di mana sahaja yang dirasakan sesuai.

Penduduk Bangi sudah pastinya familiar dengan operasi PKNS Bangi Food Truck Garage yang menjalankan operasinya di kawasan tapak letak kereta di hadapan Kompleks PKNS Bangi.

Pelbagai menu boleh dipilih, dari selera tempatan sehinggalah ke selera ala barat. Kalau datang satu keluarga, pasti tak pening nak ikut selera masing-masing. Hampir semua pilihan ada.

PKNS Bangi Food Truck Garage beroperasi setiap hari dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam kecuali pada hari Isnin. Hari Selasa hingga Khamis dikenali sebagai Pra Karnival Food Truck dimana sebanyak 6 hingga 10 buah food truck berniaga manakala pada hari Jumaat hingga Ahad adalah Grand Karnival, dimana sehingga 20 buah food truck akan berada disini pada satu masa.

Apalagi kalau mereka yang dari luar Bangi nak cuba tukar angin, jom datang ke PKNS BANGI FOOD TRUCK GARAGE.

#destinasienjindotcom #pknsbangifoodtruckgarage #suzukiassemblersmalaysia #excelcycle #kaklongkitchen #thehob #mochatheonecafe #vstrom650 #enjindotcom #wayoflife