BMW Malaysia Memperkenalkan Jentera BMW Z4 yang Baharu

Kuala Lumpur, 23 Julai 2019 – BMW Malaysia telah mengambil peluang pada hari ini untuk merungkaikan BMW Z4 yang baharu, jentera roadster terkini daripada pengeluar kenderaan premium tersebut, ia tampil dengan reka bentuk emotif serta interior yang sempurna dan berfokuskan pemandu.

“BMW kaya dengan sejarah pembikinan jentera roadster yang telah menonjol sebagai ikon kepuasan pemanduan yang tulen; dari BMW 315/1 hingga ke roadster BMW Z4 generasi kedua. Sehingga ke hari ini, BMW Z3 serta generasi BMW Z4 yang terdahulu merupakan antara jentera ‘drop-top’ dengan dua tempat duduk yang terlaris dalam segmen kenderaan premium. Dan kini, BMW Z4 sudah kembali! Lebih mempesonakan daripada sebelum ini, BMW mengolah halaman baharu bagi sejarah jentera roadsternya,” ujar En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

BMW Z4 yang baharu digayakan dengan struktur menonjol yang seimbang, dan menggandingkan kelebihan serba lasak dengan pelbagai ciri-ciri serta aspek keterhubungan yang canggih dan bertaraf tinggi seperti ‘BMW Live Cockpit Professional’ dan kunci digital yang dinamakan, ‘BMW Digital Key’.

Dibuktikan sebagai jentera pemanduan yang sebenar, BMW Z4 baharu ini ditawarkan menerusi varian BMW Z4 sDrive30i M Sport yang berupaya mencecah kelajuan 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat sahaja.

Estetika tulen yang dipakejkan dalam gaya reka bentuk yang baharu.

Pendefinisian semula DNA roadster yang ikonik dan konvensional dengan reka bentuk serba moden lagi kontemporari, berasaskan siluet klasik yang renek dan mengunjur dengan rungkup pendek, BMW Z4 yang baharu ditawarkan di Malaysia secara eksklusif melalui trim ‘M Sport’.

Roadster premium daripada BMW terus memukau dengan impresi eksteriornya yang mengagumkan, kini menampilkan peningkatan dalam saiz kepanjangannya sebanyak 85 mm (4,324 mm), kelebaran pula sebanyak 74 mm (1,864 mm), dan sedikit peningkatan pada paras ketinggiannya sebanyak 13 mm (1,304 mm) berbanding model yang terdahulu. Trek tayar yang lebih luas juga menyumbang kepada olahan pembelokan yang lebih stabil dan lincah, manakala jarak roda yang lebih pendek memberikan lingkaran pembelokan yang lebih kecil bagi jentera BMW Z4 keluaran baharu ini. Pusat graviti yang lebih rendah dan lebih sentral pula menawarkan keupayaan pengendalian yang lagi lasak.

Pentafsiran semula yang luar biasa bagi elemen klasik kenderaan ini meletakkan BMW Z4 baharu di hadapan persaingannya dengan reka bentuk gril ‘kidney’ yang kompleks – kini ditetapkan di kedudukan yang lebih rendah dengan struktur grid yang lebih menawan. Di samping itu, lampu hadapan LED bersusun secara vertikal yang didatangkan dengan tiub rekaan unik dalam corak heksagon, serta lampu strip yang langsing di sudut ruangan dalam lampu hadapan tersebut berfungsi sebagai indikator bagi jentera roadster baharu ini.

Dari bahagian belakang, unit lampu belakang 3D yang langsing serta reka bentuk spoiler bersepadu, digandingkan dengan kerenekan badan kenderaan ini dan kedudukan lampu mengundur pada paras yang rendah menjurus kepada sebuah penampilan yang keseluruhannya tampak rapi dan kemas. Ruang but dan kompartmen pintu yang lebih besar serta ruang penyimpanan tambahan terletak di belakang tempat duduk juga bermanfaat kepada pemandu yang sering memerlukan ruang tambahan, di samping ruang kaki yang diperluaskan untuk keselesaan ketika memandu.

Enjin berkuasa tinggi, casis yang ditambah baik secara sistematik.

BMW Z4 baharu didatangkan dengan enjin empat silinder 2.0 liter yang mampu menjana 190 kW/258 kk dengan puncak tork berjumlah 400 Nm daripada lingkungan 1,550 hingga 4,400 rpm serta kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j. Roadster premium terunggul ini juga tidak dapat ditandingi oleh jentera lain dalam kelas seumpamanya dengan penalaan suspensi yang sempurna, ketepatan pengendalian yang lebih mantap dan sistem pacuan tayar belakang dinamik yang membolehkan pengendalian dilakukan dengan lebih baik tanpa terkesan daripada pacuan tork.

Pusat graviti yang rendah serta distribusi berat hadapan-ke-belakang yang saksama mempamerkan karakter roadster BMW yang benar-benar klasik. BMW Z4 sDrive30i menawarkan komponen-komponen yang tercanggih dalam industri automotif seperti transmisi ‘Steptronic Sport’ lapan kelajuan, ‘M Sport Suspension’ dan ‘Variable Sport Steering’.

Berpaksikan pemandu dengan karakter premium.

Di dalam, BMW Z4 yang baharu mengilhamkan kenikmatan pemanduan yang tiada tandingannya dengan reka bentuk kokpit yang berfokuskan pemandu. Ruang interior dihiasi dengan kokpit dua tempat duduk serba sporty, bumbung kanvas klasik, permukaan trim interior yang minimalis dengan tempat duduk yang dilaraskan pada kedudukan rendah untuk membolehkan pemandu merasai sebuah kenderaan premium yang sebenar.

Aspek kawalan dikelompokkan dalam ruang kefungsian (‘function islands’) untuk kemudahan pengguna, sementara sebuah karya kenderaan ini yang menawan dapat dilihat dalam bentuk pencahayaan ambien yang inovatif, ia membolehkan pemandu menetapkan mood pencahayaan pilihan mereka dengan warna-warna yang menenangkan seperti ungu lembut (lilac) dan hijau lembut (mint).

‘BMW Live Cockpit Professional’ diletakkan secara strategik di paras yang sesuai, paparan informasi sesentuh sentral membekalkan pemandu informasi secara langsung menerusi sudut pandangan yang tidak terhalang.

Dari segi pengenalan inovasi terkemuka dalam industri ini, BMW Z4 baharu juga menampilkan BMW Digital Key yang membolehkan pemandu mengakses kenderaan ini dengan penggunaan telefon pintar Android yang tertentu. Kunci digital ini mengguna pakai teknologi Near Field Communication (NFC) untuk membolehkan kereta sport mewah ini dibuka dan dikunci menggunakan telefon pintar. Peranti mudah alih pengguna hanya perlu dihalakan berdekatan dengan pemegang pintu untuk mengakses kenderaan tersebut. Di dalam, enjin jentera ini boleh dihidupkan sebaik sahaja telefon pengguna diletakkan di ruang telefon pintar yang disediakan, ruang tersebut turut memiliki keupayaan pengecasan tanpa wayar. Menerusi ‘BMW Connected App’, kunci digital ini membolehkan pemandu berkongsi kunci akses ke atas kenderaan mereka dengan sebanyak lima orang pada masa yang sama.

Turut ditawarkan, Bantuan Parkir Pintar (Intelligent Parking Assistant) dengan Bantuan Pengunduran (Reversing Assistant). Sistem Bantuan Parkir ini merupakan sebuah sistem berkeupayaan tinggi yang dapat membantu pemilik kenderaan mengolah keluar dari ruang parkir yang sempit dengan mudah. Apabila diaktifkan, sistem Bantuan Parkir tersebut boleh memarkir jentera pemilik di ruang yang selari atau serenjang dengan jalan raya. Tambahan lagi, fungsi Bantuan Mengundur yang baharu mampu memberikan pertolongan dengan cekap apabila pemandu harus mengoperasikan kenderaan ini dalam ruangan yang sempit. Sistem intuitif ini juga mengingati pemanduan 50 meter yang terakhir sehingga ke ruang parkir tersebut dan akan menggunakan pengetahuan ini untuk membantu pemandu keluar dari ruang parkir dengan mengendalikan kereta itu dengan sendiri.

Pemilik BMW Z4 yang baharu juga boleh menantikan Connected Package Professional untuk  merangkumkan penambahan futuristik yang lain ke atas kenderaan mereka atau mendapatkan pelbagai kefungsian yang ditawarkan di e-kedai ‘ConnectedDrive’ selepas membuat pembelian.

Dari segi penawaran warna, BMW Z4 baharu menawarkan empat warna eksterior yang vibran iaitu, merah (San Francisco Red), biru (Misano Blue), hitam (Black Sapphire) dan putih (Alpine White) dipadankan dengan pilihan interior dalam warna hitam (Black décor) juga dengan sulaman berwarna hitam, warna merah (Magma Red) dengan sulaman hitam atau warna perang-merah (Cognac) dengan sulaman hitam.

BMW Z4 terbaharu boleh didapati daripada kesemua pengedar BMW bertauliah di seluruh negara bermula dari hari ini. Ataupun, anda boleh melayari www.bmwbethefirst.com.my untuk membuat tempahan.

Program pembiayaan dinamik.

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW Z4 sDrive30i M Sport boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 5,478.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik BMW Z4 yang baharu ini juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) BMW Z4 yang baharu ialah:

BMW Z4 Terbaharu – RM 479,800.00