Pasaran motosikal segmen 150cc atau ‘supercub’ adalah antara yang menjadi tumpuan masa kini. Pengeluar motosikal berlumba-lumba memperkenalkan model terbaik daripada mereka ke pasaran Malaysia dan Asia umumnya. Antara model pencabar terbaru ialah Benelli RFS150i. Peminat ‘supercub’ sekarang menginginkan jentera yang hebat serba-serbi, bukan hanya kuasa enjin tetapi juga reka bentuknya. Kumpulan atau kelab motor terutamanya yang mengikut jenama atau model sesebuah motosikal berkembang dengan kewujudan model-model motosikal sebegini. Benelli RSF 150i tidak ketinggalan sama untuk memeriahkan pasaran tempatan dengan pelancarannya dan segera menjadi saingan kepada model ‘supercub’ lain. Selepas memperkenalkan model Benelli RFS 150i SE tidak lama dahulu, Benelli telah melancarkan model BENELLI RFS 150i LIMITED EDITION yang kelihatan lebih garang. Edisi terhad ini hadir dengan skema warna bendera Itali. Hanya sebanyak 5,000 unit akan dijual dengan nombor siri edisi terhad khas yang dipaparkan pada motosikal. Pembeli akan menerima sijil pemilikan sah yang mengandungi tandatangan Mr. Marco Bellucci, pengarah teknikal utama Benelli.
Kelainan yang ditampilkan oleh Benelli dengan model RSF 150i ini antaranya ialah enjin yang menggunakan tiga palam pencucuh. Benelli menyatakan, enjin dengan tiga palam pencucuh ini akan memastikan pembakaran bahan api yang lebih lengkap. Ini bermakna prestasi yang lebih baik dan seterusnya mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Enjin dengan prestasi seperti ini membolehkan RFS 150i mencapai kelajuan tertinggi 135km/jam pada 9,000 RPM. Benelli RFS 150i ini mempunyai tangki yang boleh menampung 4.8 liter petrol (terbesar dalam kelasnya) dan boleh bertahan sejauh 120 km dengan cara tunggangan dalam bandar dan lebih jauh jika ditunggang secara santai sebelum penunjuk bahan api RSF150i ini mula berkelip.
Benelli RFS 150i adalah satu-satunya model moped yang dilengkapi dengan penyerap hentak hadapan jenis terbalik (upside down fork) 41mm sebagai standard. Ini adalah kali pertama moped ditawarkan sistem penyerap hentak hadapan jenis ini. Sistem gantungan belakang adalah jenis ‘monoshock’ Kayaba (KYB) jenis boleh laras dan casis yang direka bagi menjadikan pengendalian RFS 150i ini lebih mantap dan rupa bentuk yang ‘sporty’ dengan berat keseluruhan sekitar 115kg. Paparan meter adalah campuran meter analog dan digital dengan paparan LCD manakala lampu utamanya adalah lampu jenis LED dengan ‘day light running lamp’ (DRL).
Benelli RFS 150i LE hadir dengan enjin silinder tunggal bersesaran 150cc, 4 lejang, SOHC dengan tiga palam pencucuh menghasilkan kuasa setinggi 15.5hp pada 8,500 RPM dan tork 13Nm pada 7,000 RPM. Kotak gear manual 6 kelajuannya menyalurkan kuasa kepada roda belakang melalui pacuan rantai dengan kuasa pemberhentian oleh brek hadapan cakera tunggal 240mm dengan angkup 2 omboh dan cakera belakang 220mm dengan angkup 1 omboh.
Bagi setiap pembelian Benelli RFS 150i (semua varian), pembeli akan menerima secara percuma sehelai baju jersi Benelli dengan hanya melengkapkan borang atas talian bagi setiap tuntutan. Baju jersi Benelli ini adalah terhad dan tuntutan adalah berdasarkan kepada siapa cepat, dia dapat.
Semua pembeli motosikal Benelli RFS 150i yang melengkapkan pendaftaran atas talian mereka, layak untuk menyertai cabutan bertuah secara automatik. Hanya 3 pembeli bertuah akan dipilih bagi menerima sehelai jaket motosikal Benelli yang ‘sporty’!
*Tertakluk kepada Pembeli dengan bukti pendaftaran JPJ, VOC (sijil pemilikan kenderaan) / geran pada tarikh 24 Disember 2018 hingga 3 Februari 2019 sahaja.
Sila layari https://tinyurl.com/rfs150i bagi melengkapkan borang atas talian.