C.A.M Co-Star City Transporter, Bas Mini Pilihan Terkini

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) ketika ini antara kenderaan yang paling mendapat perhatian bagi keluarga bersaiz sederhana besar. Seperti biasa, keselesaan ketika perjalanan yang agak jauh paling diutamakan. Tidak kurang juga bagi syarikat kecil atau sederhana, lebih-lebih lagi yang menjalankan perniagaan berkaitan industri pelancongan, MPV sering digunakan sebagai kenderaan transit dari lapangan terbang ke hotel.

C.A.M memperkenalkan model terbaharunya, C.A.M Co-Star City Transporter, yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS). C.A.M merupakan antara jenama yang memasarkan kenderaan komersial ringan semenjak tahun 2009 melalui pengedarnya R & A Marketing Sdn. Bhd., ahli kumpulan Senduk Group.

C.A.M Co-Star City Transporter juga mendapat permintaan yang baik dari pelanggan sektor perhotelan, korporat, pelancongan, universiti, sekolah dan juga individu yang memilih untuk menggunakan bas mini yang mewah bagi kemudahan bergerak di dalam bandar dan juga untuk pengangkutan syarikat. Dengan kapasiti tempat duduk 16 + 1 dan juga 19 + 1, bumbung yang tinggi dan ruang pandangan yang luas bagi kemudahan dan keselesaan penumpang dan pemandu.

Enjin diesel berkapasiti 2.8L yang menghasilkan 107HP pada 3,400RPM beserta transmisi manual teknologi Jerman, GETRAG JC528 sudah cukup untuk menggerakkan anda kemana sahaja dengan hanya berlesen D. C.A.M Co-Star City Transporter diberi jaminan selama 3 tahun atau 100,000km (mana yang terdahulu) dengan harga jualan RM172,400.00 untuk Semenanjung Malaysia. C.A.M mempunyai hampir 50 pusat servis di seluruh Malaysia dengan talian hotline 24 jam seminggu. C.A.M juga menyediakan khidmat tunda secara percuma di seluruh Semenanjung Malaysia semasa di dalam jaminan waranti.

Admin dah tertarik hati dengan Co-Star ni. Ada sesiapa nak merancang buat melancong dengan keluarga besar atau ke majlis kerja kahwin?