R15 permulaan ke dunia serba tangkas dan pantas

Pasaran motosikal baik bersaiz kecil, sederhana atau besar, semakin rancak di Malaysia. Walaupun ia tidak serancak dengan keadaan ekonomi majoriti rakyat untuk berbelanja, terutamanya untuk membeli motosikal, ia juga dipengaruhi dengan harga pasaran serta harga ‘trade-in’ yang kurang memberangsangkan. Jadi, rakyat marhaein kenalah berusaha lebih untuk mencapai impian dan cita-cita memiliki jentera idaman masing-masing.

Antara model terbaharu yang diperkenalkan di pasaran ialah Yamaha R15. Yamaha mensasarkan model ini kepada golongan muda yang baru berjinak-jinak dengan motosikal ‘sportbike’ dan juga kaki-kaki selekoh yang menghabiskan masa dihujung minggu di tempat popular ‘meleper’. Reka bentuk yang menarik serta posisi menunggang ala ‘superbike’ menjadi tarikan kepada yang melihatnya. Kedudukan posisi menunggang tak sama dengan abangnya R25 yang lebih ke dalam berbanding R15 ini yang lebih tinggi.

Admin yang mencuba jentera cilik ini pada mulanya tak yakin dengan keupayaan enjin bersesaran 155cc R15 ini. Adakah ia mampu memenuhi jiwa kelajuan admin yang dah biasa dengan enjin bersesaran lebih besar? Apa pun, “Bro cuba!”

Yamaha R15 ini seronok apabila kita bermain dengan gear serta melayan selekoh dengan posisi kedudukannya yang lebih agresif daripada motosikal kegunaan harian yang ada di pasaran. Kelajuan yang admin capai boleh tahan dengan saiz dan enjinnya iaitu 143km/j di lebuhraya (hanya untuk ujian). Tetapi posisi menunggang R15 ini boleh menjadi kurang selesa untuk perjalanan dalam bandar kerana posisi menunggangnya seperti sebuah SBK.

Bagi kaki ubahsuai dan kaki leper, mereka pasti suka dengan Yamaha R15 ini. Penyerap hentak hadapan ‘up side down’ dan ‘swing arm’ belakang yang lebar gaya superbike, rekabentuknya ala R6. Lawa! Admin jika berkemampuan nak simpan satu khas untuk dibawa ke Litar Go Kart Sepang, Litar ELITE atau KKIC. Untuk melancong dengan jentera baharu Yamaha ini kena kuat urat-urat sendi semua. Sebabnya, ia sebuah jentera agresif yang baru nak up!!!

Sistem brek hadapan Yamaha R15 ini admin puji kerana berkesan dan ini telah terbukti berdasarkan peristiwa yang terjadi kepada admin sendiri. Semasa sedang menguji Yamaha R15 ini, admin terpaksa berhenti secara mengejut kerana satu konvoi motosikal ke MotoGP berhenti di selekoh secara tiba-tiba-tiba!? Macam-macam hal tetapi Yamaha R15 ini dapat dikawal dengan baik dan selamat. Memang terbaik! Bayangkan anda sedang melalui selekoh dan tiba-tiba berhenti! Hampir semua ayat admin baca masa tu.

Gaya dan reka bentuk Yamaha R15 ini menjadi pencetus gaya MotoGP atau ‘superbike’ untuk model berkapasiti kecil dan model seperti ini amat popular di Eropah. Di pasaran Malaysia ia dipelopori oleh model yang menggunakan enjin 4 lejang, jika dahulu banyak model 2 lejang bersesaran 125cc ada di pasaran Malaysia, tapi kini model-model ini hampir pupus. Hanya peminat tegar sahaja yang memiliki model ini sekarang. Kini, Yamaha dengan yakin membawa masuk model R15 ke pasaran Malaysia bagi menambah satu lagi pilihan dalam segmen motosikal ‘pocket rocket’.

Rakan Media admin di ENJIN DOTcom pun tertarik dengan Yamaha R15 ini. Jika ada pihak yang menganjurkan perlumbaaan khas untuk model Yamaha R15, ia pasti meriah dan boleh menarik lebih ramai minat kepada model ini. Mana tahu jenama lain pula ingin memperkenalkan ‘pocket rocket’ masing-masing. Ada berani?

Secara keseluruhannya admin amat puas hati dengan apa yang Yamaha R15 ini tawarkan kepada peminat dan bakal pemiliknya. Kepada pemilik yang tak biasa dengan gaya tunggangan ala ‘superbike’, kena korbankan sikit keselesaan. Sakit tangan atau badan pada permulaan menunggang itu normal. Ia sebuah motosikal untuk kepuasan menunggang gaya sebuah ‘superbike’ yang mampu kita kawal dan selenggara. Ini bukan jentera sebarangan dan bukan sekadar untuk hiasan semata-mata. Ia sebuah ‘sportbike’ yang mempunyai DNA ‘superbike’. Bentuk lawa dan hampir semua kelengkapan yang disajikan adalah moden dan terkini sesuai dengan zaman sekarang.
Pilihan di tangan anda jika inginkan sebuah jentera yang boleh beraksi di litar atau untuk kegunaan harian dan santai.

Jenis enjin: Silinder tunggal, 4 lejang, SOHC, 155 CC.
Kuasa (PS @ RPM): 19.3 PS @ 10,000 RPM.
Tork (Nm @ RPM): 15 Nm 
Jenis pacuan akhir: Pacuan rantai.
Bilangan silinder: 1.
Injap (per silinder): 4.
Sistem bahan api: Suntikan.
Jenis Bahan Bakar: Petrol.
Sistem pencucuhan: TCI (Transistor Controlled Ignition)