DUA buah jentera Nissan GT-R yang berharga milik Top Secret akan dipamerkan di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 bakal berlangsung dari 8 hingga 10 November di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Jentera utama yang akan dipamerkan adalah model R35 Gold M24 SPL dari Top Secret, yang merupakan hasil terbaharu daripada pengubahsuai terkenal Jepun tersebut dan pertama kali dipamerkan di Tokyo Auto Salon di Jepun tahun ini. Kereta ini, yang dikenali sebagai M24, adalah sebuah “missile” jalanan yang mempunyai kuasa 815 ps (803 hp) dan dilengkapi dengan warna ‘Candy Gold’ Top Secret.
M24 dilengkapi dengan CPU Mega R TS process My20 boost up, CPU MT Modified Program GR6, serta kit klac bearing dan sensor hidraulik Top Secret.
Bahagian luaran kereta ini menampilkan kit badan penuh MY24 dari Top Secret yang merangkumi bumper depan dan belakang, serta sayap GT tinggi yang direka untuk penampilan unik dan prestasi. Di dalamnya, M24 dihiasi dengan alcantara Top Secret, stereng merah berbentuk oktagon Top Secret, serta karpet lantai merah Top Secret.
Pengendalian dan keselesaan ditingkatkan dengan kit suspensi Dumptronic dari Top Secret dan lengan atas depan Top Secret, manakala sistem brek menggunakan kit kaliper brek kuning Top Secret. Ia juga dilengkapi dengan sistem ekzos jenis injap titanium sepenuhnya dan penyenyap.
M24 juga dilengkapi dengan rim OZ Racing Futura yang disesuaikan oleh Top Secret, dengan ukuran 11J/20 dan offset 15 di depan dan belakang, dibalut dengan tayar Bridgestone Potenza RE71RS 285/35-20 di sekelilingnya.
Manakala jentera kedua pula yang bakal dipamerkana adalah Nissan GT-R R35 Track Edition oleh Top Secret. Apa yang menjadikan model ini benar-benar istimewa adalah ia bukan sekadar Track Edition biasa tetapi merupakan kenderaan peribadi Smokey Nagata, yang telah ditala secara ekslusif oleh pengasas legenda Top Secret itu sendiri.
Track Edition ini menampilkan bonet depan serat karbon Top Secret untuk peningkatan ringan yang meningkatkan prestasi dan aerodinamik, mengurangkan berat, memperbaiki pengendalian dan aliran udara ke ruang enjin.
Prestasi Track Edition juga dipertingkatkan dengan enjin yang ditala oleh Nagata, menjadikan GT-R ini sebuah karya seni kejuruteraan automotif dengan tahap prestasi yang tiada tandingan, memastikan pengalaman pemanduan yang mengujakan dengan pecutan pantas.
Ia juga mempunyai fender sisi serat karbon Top Secret yang sangat menonjol, direka bukan sahaja untuk ringan tetapi juga mengoptimumkan aerodinamik, memberikan kelebihan tiada tandingan di jalan raya atau litar.
Kereta ini dilengkapi dengan rim Top Secret-OZ Racing yang menggabungkan kemasan Itali dengan kepakaran penyetelan Jepun untuk prestasi tinggi dan gaya. Rim ini mengutamakan pembinaan ringan dan reka bentuk aerodinamik untuk meningkatkan pengendalian dan kelincahan ketika pemanduan.
Sementara itu, brek seramik karbon Brembo menawarkan kuasa berhenti yang tiada tandingan dan ketepatan, meningkatkan pengalaman pemanduan kepada tahap keselamatan dan prestasi yang baru. Track Edition juga dilengkapi dengan muncung ekzos titanium untuk keanggunan dan prestasi.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila lawati www.tokyoautosalonkl.com atau platform media sosial Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur di Facebook, Instagram, dan TikTok.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di https://tickets.tokyoautosalonkl.com/ atau di lokasi di MITEC semasa pameran berlangsung.