Volvo Car Malaysia menganjurkan acara Volvo EX30 Experience dari 26-29 September ini.

Volvo Car Malaysia akan memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri pemanduan  Volvo EX30 di acara pameran pelancaran yang besar dan  merasai sendiri  pengalaman pemanduan yang pertama seumpamanya, yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 September di KL Base, Sungai Besi. Volvo EX30 Experience ini akan diadakan sejurus selepas pelancaran rasmi, yang dijadualkan pada 25 September dan akan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menjadi antara yang pertama untuk pandu SUV elektrik sepenuhnya yang terbaharu dari Volvo. Volvo EX30 padat dengan teknologi dan menampilkan sistem bantuan parkir baharu, Google Built-In, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya. Padat dengan teknologi dan sistem keselamatan, Volvo EX30 juga merupakan kereta terpantas daripada Volvo dan mempunyai jejak karbon terendah daripada mana-mana kereta Volvo sebelum ini.  

Pelanggan yang hadir ke Volvo EX30 Experience akan dapat:  

∙Memahami pelbagai idea kecil, inspirasi, pengiraan dan ujian yang dilakukan untuk memberikan impak besar dalam reka bentuk Volvo EX30.  

∙Melihat, menyentuh, mendengar, dan memandu sendiri Volvo EX30.  

∙Mempelajari teknologi canggih dan ciri keselamatan Volvo EX30 dalam satu sesi pemanduan 

kereta yang interaktif.  

∙Merasai sendiri pecutan pantas dan pengendalian dinamik Volvo EX30 di landasan lapangan 

terbang ikonik Sungai Besi.  

∙Menikmati pemanduan Volvo EX30 yang dilengkapi dengan reka bentuk yang mesra bandar 

∙Nikmati layanan mesra Scandinavia yang diiringi oleh perunding berpengetahuan dari 

pengedar sah Volvo..