SUV Volvo menang pelbagai anugerah antarabangsa bakal tiba di Malaysia

Volvo EX30 – SUV elektrik sepenuhnya yang dibuat untuk setiap saat dalam hidup – akan dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia dan anda boleh mendaftar sekarang untuk menjadi yang pertama untuk menerima maklumat terkini.

Volvo EX30 menampilkan pecutan terpantas bagi mana-mana kereta Volvo setakat ini. Ianya juga dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sistem bantuan parkir baharu, antara muka intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.

Sebagai kenderaan elektrik yang premium dan mewah, Volvo EX30 telah direka dan diuji dengan perhatian penuh kepada setiap perincian dan diinspirasikan oleh setiap saat yang berharga, daripada pembuatan kereta hingga ke pemanduan. Reka bentuknya menjadikanya pilihan yang sesuai untuk penggunaan bandar dan ianya juga dilengkapi dengan ruang simpanan pintar. Volvo EX30 juga menampilkan ciri teknologi keselamatan aktif baharu untuk memastikan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain selamat.

Selain daripada menghasilkan sifar pelepasan paip ekor, Volvo EX30 telah dihasilkan untuk mengekalkan jejak karbonnya pada tahap minimum merentasi kitaran hayat lengkap kereta. Emisi CO2 untuk Volvo EX30 juga dipotong sebanyak 75 peratus berbanding model elektrik sedia ada Volvo dengan pengunaan bahan yang dikitar semula dan mampan yang tinggi.

Volvo EX30 telah memenangi lebih daripada 20 anugerah di peringkat antarabangsa, memenangi Anugerah Reka Bentuk Kereta 2024 yang berprestij oleh majalah Auto & Design, dinamakan Kereta Bandar Dunia 2024 di Anugerah Kereta Dunia, dan menerima Reka Bentuk Produk Terbaik Terbaik 2024 yang berprestij di Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

Sejak pelancaranya, Volvo EX30 menyerlah sebagai kereta yang sangat popular di kalangan pelanggan Volvo. Volvo Cars menjangkakan ia menjadi salah satu model terlaris tahun ini, dengan hampir 48,000 kereta dijual di peringkat antarabangsa pada separuh pertama 2024.

“Volvo EX30 mewakili nilai-nilai reka bentuk Volvo Cars dan merupakan contoh reka bentuk Scandinavia premium di mana bentuk menginspirasikan fungsi,” kata Jim Rowan, ketua pegawai eksekutif Volvo Cars. “Volvo EX30 mempunyai jejak karbon terendah daripada mana-mana kereta elektrik Volvo setakat ini dan direka untuk menjadi selamat seperti yang dijangkakan daripada sebuah kereta Volvo. Ia dilengkapi dengan teknologi canggih dan sesuai dengan pasaran hari ini di mana pembeli kereta beralih kepada kereta elektrik.”

Pelanggan boleh mendaftarkan minat mereka untuk menjadi yang pertama tahu di https://bit.ly/VolvoMY-EX30KMU. Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.