BMW Malaysia baru-baru ini mengumumkan harga rasmi BMW 520i Baharu. Sedan eksekutif premium pemasangan tempatan kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW di seluruh negara, dengan harga RM332,800.00.
Pertama kali ditayangkan di Malaysia Autoshow 2024, BMW 520i baharu adalah varian terbaharu dalam keluarga BMW 5 Series, yang menampilkan reka bentuk dalaman yang sofistikated dengan gabungan harmoni antara fungsi dan gaya elegan.
Program Kewangan Dinamik.
Dengan pelan pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 520i baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,881.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh lima tahun)*. Pelanggan juga boleh menikmati manfaat daripada rebat tunai RM10,000 apabila mendaftar untuk pembiayaan Easy Drive dari sekarang hingga 30 Jun 2024.
Sementara dengan pembiayaan Straight Line, pelanggan boleh memiliki BMW 520i baharu dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,942.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh tujuh tahun)*.
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik BMW 520i baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Harga runcit (dalam perjalanan, tanpa insurans) untuk BMW 520i Baharu ialah:
BMW 520i Baharu | RM332,800.00 | |
Tambahan untuk Servis & Pembaikan BMW Termasuk* | RM 26,900.00 | |
* yang terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis. |
Para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW 520i baharu atau sila layari shop.bmw.com.my.