Kebebasan Sebenar Adalah Apabila Anda Berasa Selamat

Tahun 1959 merupakan tahun di mana Volvo Cars dan Nils Bohlin memperkenalkan alat keselamatan kenderaan terpenting di dunia dan membuat keputusan untuk tidak mendapatkan hak paten buat alat tersebut agar setiap pembuat kereta dapat menggunakannya.

Sebagai sebuah rekaan pintar yang begitu diperlukan, tali pinggang keselamatan tiga mata telah menyelamatkan lebih satu juta orang dan mengurangkan serta mengelakkan kecederaan untuk jutaan lagi. Ciptaan ini kekal merentasi masa, dan keselamatan automotif juga telah berkembang dengan ketara dengan lebih banyak ciri keselamatan yang telah diperkenalkan, kebanyakannya dipelopori oleh Volvo Cars.

Volvo Cars kekal sebagai peneraju dalam keselamatan automotif, dan sentiasa merentasi sempadan untuk memperkenalkan ciri-ciri yang sejajar dengan visi mereka bahawa tiada sesiapa yang harus cedera parah atau kehilangan nyawa dalam kereta Volvo baharu. Hari ini, Volvo Cars melangkah lebih jauh dengan menyasarkan sifar perlanggaran. Dalam memenuhi visi bercita-cita tinggi ini, Volvo Cars telah mengenal pasti tiga “jurang menuju sifar” menggunakan teknologi dan data mengenai tingkah laku manusia:

  • Cabaran pertama adalah pemanduan laju, yang merupakan penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya. Volvo Cars telah mengehadkan kelajuan maksimum keretanya kepada 180km/j.
  • Isu seterusnya merupakan memandu ketika mabuk. Walaupun memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah haram, ia kekal sebagai salah satu sebab utama kecederaan lalu lintas dan kematian.
  • Jurang terakhir merupakan gangguan. Sekiranya seseorang pemandu terganggu sama ada oleh telefon mudah alih mereka, keletihan, ataupun penumpang lain, tumpuan mereka tidak sepenuhnya ke arah pemanduan selamat.

Visi baharu ini membawa komitmen yang lebih tinggi untuk menangani dua jurang terakhir tersebut. Volvo Cars sedang membangunkan sistem ciri keselamatan dwikamera – Sistem Pemahaman Pemandu – yang boleh mengesan sekiranya pemandu sedang terganggu, mengantuk, ataupun mabuk, dan akan mengaktifkan perisai pelindung serta mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian, daripada amaran visual dan boleh didengar, kepada pengurangan kelajuan dan brek untuk kenderaan sepenuhnya di tepi jalan.

Rasai Ketenangan Minda dengan Volvo

Dalam perjalanan Volvo untuk terus mencipta inovasi dalam keselamatan automotif, setiap pemilik kereta Volvo kini pasti mempunyai kisah peribadi masing-masing berkenaan tumpuan Volvo terhadap keselamatan kepada mereka. Salah seorang peminatnya ialah Alvin Geoffrey Alphonso, Ketua Pegawai Eksekutif Port Klang Cruise Terminal, yang mula mengagumi kereta Volvo ketika melihat Volvo P1800 milik ahli keluarganya. Kunjungan yang kerap ke bilik pameran Volvo bersama arwah bapanya menyemarakkan lagi minat beliau dengan kereta Volvo.

Impian Alvin untuk memiliki sebuah Volvo akhirnya menjadi realiti apabila beliau mendapatkan kereta Volvo pertamanya, model V40 dengan rekaan yang diinspirasikan oleh Volvo P1800 yang ikonik. Minatnya terhadap jenama tersebut semakin mendalam dengan pembelian generasi terbaru model Volvo XC90 Recharge. Untuk Alvin, beliau amat kagum dengan penambahbaikan ciri keselamatan Volvo yang berterusan, di samping asas keselamatan pasifnya yang kukuh.

Kongsi Alvin: “Keselamatan merupakan aspek yang sangat penting dalam industri saya, dan penilaian yang salah, walaupun hanya setengah saat, boleh membawa kepada kemalangan. Ciri keselamatan aktif Volvo, yang ditawarkan sebagai standard sejak V40 saya sebelum ini, merupakan faktor penentu utama apabila saya memilih kereta kerana anda tidak tahu bila anda perlukannya – anda hanya menyesal apabila ia tiada. Amaran pelepasan lorong khususnya merupakan sebuah ciri penyelamat, terutamanya selepas hari yang panjang di mana tumpuan saya pada jalan raya berkurangan.”

Kami juga bertemu dengan Adrian Kuah, pengurus produk digital dalam syarikat telekomunikasi mudah alih utama, yang berbangga memiliki Volvo XC40 Recharge. Adrian pada mulanya tertarik dengan daya tarikan maskulin dan prestasi  Volvo XC40 tetapi tidak lama kemudian mula menghargai fungsi separa autonomi Volvo dan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS).

Tambah Adrian: “Dahulunya saya seseorang yang memilih untuk dijemput rakan-rakan dan tidak gemar memandu sendiri. Hal itu telah berubah sejak memiliki Volvo XC40 Recharge. Hari ini, sekiranya saya memandu dalam trafik, saya menggunakan mod autopilot pada kebanyakan masa dan menikmati perjalanan kerana saya mempunyai ‘pembantu juruterbang’ yang membantu saya. Apabila bercakap tentang kepercayaan dan apa yang dilambangkan oleh Volvo, jawapannya adalah keselamatan, yang merupakan sesuatu yang sangat penting untuk saya. Saya juga percaya bahawa untuk Volvo, keselamatan bukanlah hanya untuk pemandu dan penumpang tetapi juga untuk orang-orang di luar. Sebagai contoh, kereta saya mengesan orang atau objek semasa mengundur dan akan menggunakan brek jika saya tidak melakukannya tepat pada masanya.

Memperkasakan Pemandu Volvo untuk Membuat Perubahan

Buat anda yang ingin merasai pengalaman inovasi keselamatan Volvo yang hampir 100 tahun di hujung jari anda, Volvo Car Malaysia akan menganjurkan Pengalaman Pemanduan Keselamatan Volvo sulungnya di Lapangan Terbang Sungai Besi – landasan udara pertama Malaysia yang ikonik pada 2 dan 3 Mac 2024. Pengalaman ini terbuka kepada kedua-dua pemilik dan bukan pemilik kereta Volvo. Slot adalah terhad dan tersedia berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Volvo Safety Driving Experience, sila layari https://safetydrive.volvocarmalaysia.com/ atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram melalui http://bit.ly/VolvoMY-IG

GALERI