Millennium Welt, pusat pengedaran BMW bertauliah yang terkemuka di Malaysia, telah merungkaikan bilik pameran canggih yang baharu, ia akan menampilkan aneka perkhidmatan dan fasiliti serba baharu yang dirumus untuk menjanjikan taraf perkhidmatan pelanggan yang paling cemerlang di samping memastikan keperluan pelanggan-pelanggan moden dapat dipenuhi. Fasiliti baharu ini, terletak di kawasan perbandaran Seremban 2 yang sedang pesat membangun, merupakan bilik pameran terbesar di luar Lembah Klang dan akan memperagakan kenderaan-kenderaan terkini daripada portfolio BMW, BMW Motorrad, MINI, BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Sepanjang 20 tahun kita menjalankan perniagaan di Malaysia, BMW Group sentiasa mendahulukan pelanggannya dalam setiap produk dan servis yang ia tawarkan. Perungkaian pusat pengedaran konsep Retail.Next yang baharu ini menyuluh dedikasi kami untuk menjadikan pelanggan sebagai paksi segala pengalaman yang dibekalkan, di samping memastikan kita terus memacu usaha kelestarian dari semua segi. Konsep inovatif ini mencerminkan satu titik sejarah yang penting dalam perjalanan kami, bagi memastikan pelanggan yang kami hargai terus menjadi tumpuan dalam setiap aspek pemilikan jentera BMW dan MINI mereka.”
Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group turut berkongsi, “Sebagai salah sebuah pusat runcit dan servis yang terbesar untuk BMW Group Malaysia selama sedekad, kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan pusat pengedaran konsep Retail.Next di Malaysia buat para pelanggan kami. Dari Pentas Konsultasi Pelanggan, hingga ke Ruang Hospitaliti Sentral, fasiliti ini telah digubah khas untuk membolehkan pengunjung melihat dan membeli kenderaan menerusi sebuah pengalaman yang tiada bandingannya, hadir dengan sentuhan kemewahan dan kelestarian di setiap sudut. Kami teruja untuk terus menawarkan bukan sahaja kenderaan premium tapi juga aneka perkhidmatan pascajualan dengan suasana kelas pertama yang akan menyempurnakan Pengalaman Pemilikan Premium mereka.”
Menerusi tataatur Retail.Next yang serba baharu, bilik pameran Millennium Welt Seremban 2 mendemonstrasikan konsep rekaan lestari dengan penggunaan bahan-bahan kitar semula dalam pembinaannya, disinambungkan dengan wajah hijau dengan unsur kecanggihan – sementara ia memastikan keselesaan pelanggan sentiasa diutamakan. Titik pengalaman pengunjung akan bermula dengan mengambil langkah merentasi Laluan Pelanggan Utama sebelum menuju ke bilik pameran di mana tersusunnya barisan kenderaan-kenderaan mewah bertaraf premium.
Pentas Konsultasi Pelanggan terletak di lokasi-lokasi strategik merentasi bilik pameran tersebut, ia dilengkapi dengan alat-alat niaga digital yang inovatif, di mana BMW Geniuses bersedia untuk menawarkan maklumat yang komprehensif lagi efisien buat para pelanggan mengikut keperluan unik mereka. Di samping itu, bilik pameran ini juga akan menyediakan ruang khas bagi kenderaan BMW M dan BMW i, termasuk ruang singgah eksklusif yang baharu untuk urusan jualan dan pascajualan buat para pelanggan.
Pelbagai fasiliti bertema gaya hidup juga akan disediakan, ia termasuk BMW Bar & Lounge yang mempesonakan, di samping ruang singgah Grand Klasse, menyediakan kepada pelanggan sebuah ruang premium untuk bersantai dan menyegarkan diri semasa kunjungan mereka. Perkhidmatan Reception at the Car (RATC), pembaharuan insurans dan tukar beli kenderaan juga terdapat di sini. Bukan itu sahaja, para pelanggan boleh mengakses pusat servis 4S serba komprehensif atau membuat kunjungan ‘pit stop’ Fastlane di fasiliti Millennium Welt Seremban 2.
Bilik pameran seluas 173,948 kaki persegi ini dibina berbekalkan komitmen BMW Group Malaysia ke atas kelestarian sebagai tonggaknya, menggunakan bahan-bahan kitar semula sebagai teras dalam infrastruktur bangunan ini selain mengintegrasikan panel-panel solar bagi membantu menangani isu emisi. Para pelanggan juga akan dapat menikmati fasiliti pengecasan pantas AC dan DC untuk kenderaan elektrik (EV) di bilik pameran tersebut, menambah lagi bilangan fasiliti pengecasan dalam rangkaian BMW Group Malaysia yang melebihi angka 1,000 buat masa ini di seluruh negara. Ia sejajar dengan komitmen padu BMW Group dalam memperkukuhkan ekosistem EV tanah air serta meredakan kegusaran para pemilik EV di Malaysia mengenai jarak operasi kenderaan mereka.
Pusat pengedaran ini dapat mempamerkan pelbagai model BMW M, BMW i dan BMW Motorrad, termasuk kenderaan daripada portfolio MINI, MUCN dan BPS. Ia akan menampilkan lapan ruang servis, justeru dapat menampung sehingga 50 janji temu servis setiap hari.
Tawaran menarik untuk memulakan Pengalaman Pemilikan Premium anda
Menjadi sebahagian daripada acara pembukaan yang istimewa ini, Millennium Welt Seremban 2 juga menawarkan pelbagai promosi eksklusif buat para pelanggan dari 25 hingga 26 November.
- BMW Advance Car Eye 3.0 percuma – Pelanggan yang membeli kenderaan BMW baharu dapat berlapang dada dengan adanya kemudahan untuk mengesan dan merakam secara automatik menerusi kamera papan pemuka BMW Advanced Car Eye 3.0 PRO.
- Panel Solar Solaroo percuma dengan penempahan BMW i7 – Pelanggan yang membuat tempahan bagi jentera BMW i7 yang sulung akan menerima Panel Solar Solaroo yang bernilai RM20,000 secara percuma bagi memudahkan lagi gaya hidup lestari mereka dengan kebolehan untuk mengecas EV di rumah.
- Rebat tunai bagi ansuran kenderaan MINI – Nikmati potongan bayaran selama enam bulan bagi ansuran anda apabila anda membeli mana-mana kenderaan di bawah jenama MINI semasa tempoh promosi ini (tertakluk kepada terma dan syarat).
- Tawaran Insurans BMW Premium Selection – Pelanggan yang membeli kenderaan BMW pramilik di bawah BMW Premium Selection layak untuk menerima insurans automotif percuma bernilai RM 5,000.
- ‘Running in Service’ percuma untuk BMW Motorrad – Peminat motosikal yang memilih BMW Motorrad dapat menikmati ‘Running in Service’ secara percuma pada 1,000km, menjamin prestasi yang optimum seawal langkah pertama.
- Diskaun untuk BMW Lifestyle Merchandise – Aneka barangan terpilih di bawah BMW Lifestyle Merchandise akan membawakan diskaun hebat sehingga 50% bagi mereka yang ingin memperibadikan lagi pengalaman pemilikan BMW masing-masing.
Bukan itu sahaja, semasa tempoh promosi yang menarik ini, semua model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) akan didatangkan dengan khidmat pemasangan alat pengecasan rumah secara percuma, ditawarkan oleh ChargePoint. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan baharu, Millennium Welt Seremban 2 juga menawarkan produk-produk Lumar Car Care bernilai RM2,000 secara percuma bagi setiap pembelian kereta BMW dan MINI yang baharu.
Bilik pameran Millennium Welt Seremban 2 beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6:30 petang pada hari Ahad dan cuti umum – sementara pusat 4S beroperasi Isnin hingga Sabtu dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Fasiliti ini beralamat di No.1, Jalan S2 A6, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.