TRIUMPH TIGER 900 ARAGÓN EDISI BARU DILANCARKAN.

Pada Julai 2022, Iván Cervantes telah memperoleh kemenangan dalam acara perlumbaan Baja Aragón, antara salah satu acara perlumbaan yang paling mencabar dengan jentera dua roda. Setelah setahun kemudian, pihak motosikal Triumph telah meraikan anugerah prestasi yang menonjol ini dengan pelancaran Tiger 900 Rally Aragón dan Tiger 900 GT Aragón. Kedua-dua model ini tersedia untuk tahun 2023 sahaja, edisi khas ini setiap satu menampilkan ciri-ciri dan spesifikasi yang unik. 

Pihak Didi Group, kini sebagai pengedar dan pengimport tunggal bagi beberapa jenama antarabangsa termasuk Triumph, berkata kedua-dua edisi Triumph Tiger 900 Aragón ini menawarkan semua spesifikasi, teknologi, dan keupayaan sama seperti Tiger 900 GT Pro dan Rally Pro yang telah diperkenalkan sebelum ini, sememangnya cemerlang prestasi motosikal kembara lasak ini.

Bagi model GT Aragón deng Triumph Tiger dan Aragón Edition, sebagai tambahan kepada penampilan sedia ada reka bentuk corak tempat duduk berkembar, dengan menampilkan skema tiga warna Diablo Red, Matt Phantom Black dan Crystal White untuk menampakkan jentera ini lebih berani dan elegan.

Selain itu untuk bagi meningkatkan lagi keupayaan pengendalian, motosikal kembara Edisi GT Aragón ini ia telah dilengkapi dengan fork kartrid 45mm USD Marzocchi yang boleh dilaraskan secara elektronik. Motosikal ini juga dipasang dengan bar perlindungan enjin sebagai standard pada kedua-dua Edisi Aragón. Ini melengkapkan ianya sebagai motosikal jelajah yang tersedia untuk ada menerokai destinasi pengembaraan yang menarik.

Terdapat juga lebih daripada 65 pilihan aksesori khas yang boleh didapati untuk kedua-dua model ini, bagi membolehkan pemilik nanti menyesuaikan jentera  motosikal Triumph Tiger 900 Aragon mengikut cita rasa sendiri.

CADANGAN BAGI HARGA JUAL RUNCIT UNTUK TIGER 900 GT EDISI ARAGÓN Ditetapkan pada RM81,000.00.