BMW Group Malaysia Singkap Alaf Kecemerlangan Automotif Baharu dengan Acara ‘Forwardism, by BMW’.

Selama 20 tahun, BMW Group Malaysia menjiwai komitmen tidak berbelah bahaginya untuk menggiatkan kemajuan serta memecah acuan di dalam industri automotif sebagai pengeluar kenderaan premium di Malaysia, mempamerkan dedikasi mereka untuk menjadikan inovasi masa hadapan sebagai tonggak dalam perjalanan mereka. Dalam anjakan terbaharunya, BMW Group Malaysia mempelawa warga umum untuk mengalami sendiri aneka teknologi dan pengalaman alaf baharu di ‘Forwardism, by BMW’, sebuah acara eksperiensial yang mempertemukan kemewahan dengan inovasi di aras yang tertinggi, di samping acara jerayawara istimewa untuk memberi definisi baharu kepada alaf Mobiliti Elektrik di Malaysia.

Sebagai perintis dalam segmen kenderaan elektrik (EV) premium, BMW Group Malaysia kini berdiri teguh sebagai pengeluar EV premium dengan jualan tertinggi di dalam negara, di samping memiliki portfolio EV mewah yang terbesar untuk pasaran Malaysia. Dengan itu, Forwardism, by BMW dirumus untuk menjadi langkah BMW Group Malaysia yang seterusnya dalam merealisasikan janji “Sheer Driving Pleasure” bagi Alaf Elektrik Masa Hadapan.

Setelah melakar Kecemerlangan Selama 20 Tahun, BMW Group Malaysia mempelawa warga umum untuk meneroka bersama di pentas Forwardism, by BMW di mana aneka teknologi dan kemewahan tercanggih yang mencabar batasan kecemerlangan automotif dapat diamati.

Menjadi pucuk kepada pengalaman ini, para hadirin dapat menyaksikan janji terbaharu BMW Group Malaysia ke atas “Forwardism”, sebuah kenderaan mewah 100% elektrik yang menyulam inovasi, rekaan futuristik, kelestarian, kemewahan dan prestasi dengan begitu sempurna – BMW i7.

Butiran acara ‘Forwardism, by BMW’:

Tarikh:23 – 24 September 2023
Waktu:10:00 pagi – 10:00 malam
Lokasi:Forwardism, by BMW (Sebelah Mandarin Oriental, Kuala Lumpur)  

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai ‘Forwardism, by BMW’, sila layari www.bmw.com.my/forwardism.

Alami Kemungkinan Alaf Elektrik Masa Hadapan Bersama BMW Group Malaysia.

Untuk memajukan lagi misi Alaf Elektrik Masa Hadapan, BMW Group Malaysia akan menjengah lima lokasi merentasi empat bandar utama di serata negara dengan acara ‘Forwardism, Pop-Up by BMW’, yang menyediakan pelbagai tawaran pembiayaan dan pengecasan serba eksklusif, termasuk peluang untuk memandu uji model-model elektrik yang terpilih.

Mulai hari ini sehingga 12 November, acara jerayawara ini menjanjikan sebuah pengalaman yang menarik di mana warga Malaysia dapat meneroka segala kemungkinan mobiliti lestari, menerusi sebilangan model-model BMW i yang terhebat, ia termasuk BMW iX1, BMW iX3, BMW i4, BMW iX serta jentera yang melambangkan “Forwardism” itu sendiri, BMW i7. Model-model ini akan disediakan untuk dipandu uji, membolehkan para hadirin mengalami sendiri “Sheer Electric Driving Pleasure” yang dijanjikan.

BMW Group Financial Services Malaysia juga akan turut hadir bersama untuk menawarkan pelbagai opsyen pembiayaan yang menarik, termasuk rebat tunai Easy Drive yang eksklusif sehingga RM15,000 untuk menggiatkan lagi penerimagunaan mobiliti lestari di negara ini. Sebagai bonus, baucar pengecasan percuma bernilai sehingga RM800 juga akan ditawarkan bersama model-model BMW i terpilih, ihsan JomCharge yang merupakan rakan pengecasan BMW Group Malaysia.

Tarikh dan Lokasi-Lokasi ‘Forwardism, Pop-Up by BMW’:

  • AEON Bandaraya, Melaka (14-17 September 2023)
  • 1 Utama Shopping Centre, Lembah Klang (21-24 September 2023)
  • AEON Kinta City, Ipoh (12-15 Oktober 2023)
  • Mid Valley Southkey, Johor Bahru (1-5 November 2023)
  • Pavilion Bukit Jalil, Lembah Klang (8-12 November 2023)

Untuk maklumat lanjut mengenai jerayawara ‘Forwardism, Pop-Up by BMW’, sila layari laman Facebook & Instagram BMW Malaysia.

Sertai kami dalam anjakan untuk menjadikan Malaysia lebih maju dan lestari, sambil kita meraikan komitmen BMW Group Malaysia ke atas masa depan yang lebih progresif dan inovatif.

GALERI