Honda Motorcycle Malaysia dengan gembiranya mengumumkan kembalinya acara berprestij tinggi, Honda Skuterama Edisi 2 yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 17 September 2023 di Kuala Terengganu City Centre (KTCC Mall) yang penuh dengan aktiviti yang mengasyikkan.
Menyusul kejayaan gemilang Edisi Pertama di IOI City Mall Putrajaya pada bulan Julai, di mana kami berbesar hati untuk menyambut duta jenama Hairul Azreen untuk pertemuan yang tak terlupakan, kami kini kembali dengan pengalaman dan aktiviti yang lebih mengujakan untuk semua pelanggan yang dihargai.
Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan barangan, sesi mewarna kanak-kanak, sudut MotoGP PS5 yang mendebarkan, cabaran “Cari Beza,” simulator pelatih pemanduan yang realistik, dan “Dinding Bersama Honda” yang interaktif – di mana anda boleh berkongsi momen istimewa dan kisah anda bersama Honda.
“Dinding Bersama Honda” membolehkan orang awam berkongsi kisah atau kenangan mereka dengan Honda, menulis di stiker, dan mengambil gambar untuk dimuat naik ke media sosial masing-masing. Tag Honda dan gunakan hashtag #BersamaHonda, kemudian terima hadiah eksklusif dari krew kami. Banyak barangan percuma akan diberikan kepada pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz pop yang diberikan oleh emcee.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan anda, kami telah menyediakan pelbagai barangan percuma bagi mereka yang berjaya mengatasi kuiz-kuzi kami yang mengasyikkan.
Dalam pencapaian penting baru-baru ini, Honda dengan bangganya dinobatkan sebagai “Skuter Terlaris di Malaysia,” yang mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan skuter berkualiti tinggi kepada pelanggan setia kami.
Mitsuharu Funase, CEO Boon Siew Honda, meluahkan kegembiraannya terhadap Edisi 2 dengan mengatakan, “Kami sangat gembira dengan respons luar biasa yang kami terima untuk Edisi Pertama Honda Skuterama. Edisi 2 menjanjikan acara yang lebih mengasyikkan lagi, penuh dengan peluang bagi pelanggan kami untuk terlibat dengan jenama kami dan mengalami yang terbaik daripada apa yang Honda tawarkan. Untuk dianugerahkan gelaran Skuter Terlaris memberi kami lebih banyak motivasi untuk menyediakan skuter berkualiti tinggi untuk generasi akan dating.”
Kami memanjangkan jemputan terbuka kepada semua peminat motosikal dan orang awam untuk menyertai kami dalam meraikan semangat Honda di Skuterama Edisi 2. Mari bersama-sama menjadikan acara ini pengalaman yang tak terlupakan