“Motosikal santai”, itu lah yang kita rasa dan lihat apabila model-model cooper atau easy rider berada di pasaran dan jalan-jalanraya disekitar kita.Begitu jugalah apabila pertama kali admin lihat Honda Rebel ini, apa yang di fikirkan ialah masa seolah nak bersantai santai menunggang sambil melihat dunia sekeliling dengan aman, tampa kelajuan sebuah supersport. Yea kerana saya berasa positif dengan gaya tunggangan motor ini memang nampak relax. Cool. Pengendalian nya juga mudah kerana dengan tempat duduk yang rendah dan juga posisi tunggangan boleh buatkan kita leka juga. Walaupun setelah setahun di lancarkan, ramai juga masih bertanya pada saya ketika berada di Traffic light. “ Bang ni model apa ye? “ alamak masih ramai tak tahu akan kemunculannya lebih lebih lagi dan nampak hampir mirip Harley. Apa tak nya ada satu majlis yang saya pergi crew bagi park dekat area motor Harley. Takpelah bangga juga.
Kalau di luar negara pengeluar Cruiser beranggapan inilah model yang sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak jinak dengan model sebegini. Mereka tidak perlu lagi mengeluarkan model beginner kerana Honda Rebel ini memang cukup segalanya. Ada juga jadikan Honda Rebel sebagai motor kedua bagi menyesuaikan diri mengikut pada keadaan. Tapi bagi sayalah tak salah kalau saya kata Honda rebel ini sesuai sangat untuk tunggangan hari hari meredah jem kerana mudah dikawal ketika perlahan dan juga boleh meredah lebuhraya secara santai untuk ke kawasan rehat di hujung minggu.Pendek kata mudah dikawal dan kuasa yang boleh digunakann bila-bila masa, tampa risau.Anda cuba hingga faham kenapa ia begitu selesa sekali tungangannya baik di leburaya atau dalam bandar.
Honda Rebel ini direkabentuk secara agak ringkas dan dilengkapkan dengan enjin yang sama untuk CBR500R, 471 cc, 2 selinder bersejukan cecair dengan suntikan bahan api PGM F1 yang diubahsuai untuk memberikan perbezaan untuk tunggangan yang memuaskan untuk perlahan dan juga laju. Sekali sekala terlajak juga 160km sejam walaupun ia boleh lagi. Tangki bahan api 11.2 litre boleh memberikan jarak tunggangan sehingga 200km. Jimat bukan.
Suspensi bahagian hadapan 41mm Teleskopic dan Showa Pro Link System dapat memberikan keselesaan dalam tunggangan.
Honda Rebel ini boleh dimiliki dengan harga dari RM31,798.00