RAKYAT MALAYSIA NIKMATI PERJALANAN 15KM LEBIH JAUH BAGI SETIAP TANGKI DENGAN SHELL FUELSAVE 95

Pengenalan Shell FuelSave 95 baharu pada Februari lalu telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuktikan perjalanan 15 kilometer (KM) lebih jauh bagi setiap tangki. Hasilnya? Ia ternyata memberi penjimatan lebih jauh kepada para pengguna.

Shell Malaysia telah memperkenalkan formulasi bahan api gred utama terbaiknya setakat ini melalui pelancaran Shell FuelSave 95 baharu, yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Pelancaran ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk terus berinovasi dan membangunkan penyelesaian mobiliti yang lebih baik.

 Berdiri teguh dengan usaha kami untuk terus menjadikan perjalanan hidup para pelanggan kami lebih baik, Shell secara aktif mendekati pengguna jalanraya di seluruh negara melalui ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’ bagi menggalakkan mereka untuk menikmati perjalanan 15KM lebih jauh tanpa gangguan untuk setiap tangki yang diisi dengan bahan api gred utama baharu ini.

Usaha untuk memenangi hati rakyat Malaysia dari Utara ke Selatan Semenanjung Malaysia, hinggalah ke Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur) telah berjaya apabila orang ramai berkongsi pengalaman mereka menikmati penjimatan dan perbatuan bahan api yang lebih baik menjadikan setiap RM2.05 seliter yang dibelanjakan untuk Shell FuelSave 95 baharu ini amat berbaloi.

 “Kini, kami bukan sahaja dapat mengukur penjimatan bahan api yang diperoleh pelanggan bagi setiap tangki penuh Shell FuelSave 95, tetapi juga dapat menyaksikan pelanggan kami mencapai perbatuan yang menakjubkan seterusnya membuktikan Shell FuelSave 95 baharu kami ternyata lebih jauh,” kongsi Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia.

“Melalui keputusan Shell FuelSave 95 Challenge 2023, bahan api kami terbukti memberikan perbatuan lebih jauh. Saya menyeru agar lebih ramai rakyat Malaysia mencuba dan alami penjimatan bahan api kami yang lebih baik serta kongsikan pengalaman anda sama ada ia Biar Benar, Lebih KM!”

Selepas sebulan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan perbatuan terbaik merentasi 5 wilayah, Shell FuelSave 95 Challenge 2023 telah menutup tirai dengan Chin Li Qin, 26 dari Johor dinobatkan sebagai Pemandu Paling Efisien di Malaysia. Li Qin memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 25.45 KM/L dengan mencatatkan perbatuan bahan api yang menakjubkan sebanyak 28.23 KM/L, menjadikan beliau sebagai juara keseluruhan Shell FuelSave 95 Challenge 2023.

“Saya sangat teruja apabila diumumkan sebagai johan Grand Finale Shell FuelSave 95 Challenge 2023. Ianya merupakan pencapaian yang amat mengagumkan apabila peserta lain juga berjaya mencapai perbatuan melebihi penanda aras purata. Beberapa keadaan jalan raya agak mencabar tetapi saya pastikan fokus saya tidak terganggu dan mengekalkan gaya pemanduan saya seperti di kampung halaman,” kata Li Qin selepas upacara penyampaian hadiah, di mana beliau membawa pulang wang tunai RM20,000.

Cabaran Grand Finale bermula di Shell SM Alisha, Shah Alam dengan jarak keseluruhan 121KM yang melalui pelbagai keadaan jalan raya yang berbeza merentasi Cyberjaya – Bukit Jalil – Cheras – Ampang – Gombak – Sri Hartamas – Kota Damansara – Puncak Alam sebelum kembali semula ke titik permulaan.

Li Qin telah bersaing dengan Jeffrey Tan Teck Heng, 62 dari Port Dickson, Ahmad Amirul Runass, 31 dari Kuantan, Muhammad Jazli Mahathir, 30 dari Ipoh, dan Lai Siaw Feng, 38 dari Kuching, yang juga mewakili wilayah masing-masing telah berjaya melepasi penanda aras purata perbatuan sebanyak 18.5KM/L dengan Shell FuelSave 95.

 Bahan api gred utama dengan formulasi terbaharu yang ternyata lebih jauh telah dilancarkan setelah menjalani lebih lima tahun penyelidikan dan ujian menyeluruh oleh 150 saintis bahan api di seluruh dunia. Selain mampu bertahan sehingga 15KM lebih jauh bagi setiap tangki*, Shell FuelSave 95 baharu juga:

• Pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih – Shell FuelSave 95 baharu kini dengan teknologi sasaran deposit dapat membersih dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya*

 • Perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin – Shell FuelSave 95 baharu melindungi semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru*

 • Dicipta untuk teknologi baharu & lama – Shell FuelSave 95 baharu melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid*

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *