UMW Toyota Motor Perkenal Zenix Serba Baharu

UMW Toyota Motor telah memperkenalkan Toyota Innova Zenix Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) dan varian Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) Serba Baharu dalam acara secara maya, sekaligus menandakan satu kejayaan penting dalam komitmen syarikat terhadap neutral karbon.
Zenix HEV Serba Baharu yang menjadi tumpuan utama sebagai model hero dalam majlis pelancaran
ini, membuktikan lambang dedikasi Toyota yang tidak berbelah bahagi kepada aspek kelestarian.
Dengan pelancaran Zenix Serba Baharu, syarikat itu telah mempamerkan komitmennya untuk mencapai sasaran neutraliti karbon selaras matlamat Malaysia menjelang 2050. Dengan pendekatan holistik untuk menangani cabaran berkaitan dengan pencapaian neutraliti karbon, Toyota berhasrat untuk menjadi pemimpin dalam membentuk semula ekosistem mobiliti.


“Di UMW Toyota Motor, kami berusaha untuk meluaskan sempadan teknologi dan merevolusikan
ekosistem mobiliti,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “Pelancaran maya Zenix
Serba Baharu mewakili usaha berterusan kami terhadap inovasi era baharu, sambil kami terus
menggerakkan orang ramai dan memperkayakan gaya hidup mereka.” tambahnya.
Toyota Innova Zenix Serba Baharu – Inovasi Kelas Teratas Bahagian Luaran dan Dalaman
Menampilkan reka bentuk premium yang memberikan keseronokan pemanduan yang tiada tandingan, Zenix Serba Baharu mempamerkan ruang unggul dan berkualiti tinggi, mengubah arah penggayaan reka bentuk daripada MPV tradisional kepada estetika crossover yang dinamik. Dengan ruang dalaman yang luas dan direka dengan teliti, Zenix Serba Baharu mentakrifkan semula keselesaan dengan dimensi yang lebih besar, pembinaan monocoque dan lantai rata, memberikan pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan serta melonjakkan keselesaan penumpang. Dibina dengan platform termaju Toyota New Global Architecture (TNGA), Zenix Serba Baharu menetapkan standard baharu dalam aspek kemewahan dan keselesaan Crossover segmen-C.


Selain itu, Zenix Serba Baharu di Malaysia tampil dengan Toyota Safety Sense 3.0 (TSS3.0),
menetapkan penanda aras industri baharu untuk teknologi keselamatan termaju, Terbaik dalam
Kelasnya. Ia termasuk ciri dipertingkatkan seperti Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert
(LDA) with Steering Assist, Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC),
Automatic High Beam (AHB), dan banyak lagi. Menjelmakan intipati premium dan keteguhan, Zenix Serba Baharu menampilkan aspek luaran yang diilhamkan untuk crossover menawan, seterusnya mempamerkan komitmen Toyota untuk menggabungkan aspek gaya dan fungsi. Crossover ini dilengkapi dengan ciri canggih dan praktikal, seperti Power Back Door, sekali gus meningkatkan lagi daya tarikan Zenix Serba Baharu.


Pilihan Luar Biasa Zenix Serba Baharu menawarkan pilihan luar biasa antara model Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) dan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE), ciri yang memenuhi pilihan yang berbeza sebagai sebahagian daripada pendekatan berbilang hala Toyota terhadap neutraliti karbon. Sebagai tambahan kepada rangkaian kuasa elektrik hibridnya, Zenix HEV Serba Baharu membezakannya dengan pelbagai ciri premium. Dengan bumbung matahari yang mewah dan Kerusi Kapten yang selesa di baris kedua, HEV ini menyediakan pengalaman yang dipertingkatkan untuk sehingga tujuh penumpang. Bagi varian ICE pula, ia direka untuk memuatkan sehingga lapan penumpang, dengan menawarkan tempat duduk lipat di barisan kedua.


Datuk Ravindran K. berkata “UMW Toyota Motor percaya Toyota Innova Zenix Serba Baharu akan
memuaskan hati malah melebihi jangkaan pelanggan yang paling cerewet. Ia direka untuk keluarga
moden Malaysia yang mencari kenderaan yang akan menggabungkan kemewahan, gaya, prestasi dan teknologi elektrik hibrid,” katanya. Beliau juga menjelaskan, “Dengan rangkaian kuasa elektrik hibridnya, Zenix Serba Baharu menampilkan perbezaan dan meningkatkan tahap dari aspek kuasa, prestasi dan inovasi yang menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan sepanjang masa.” Zenix Serba Baharu dengan pilihan varian Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) dan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) boleh didapati dengan lima pilihan warna luaran iaitu, Platinum White Pearl, Silver Metallic, Grey Metallic, Attitude Black Mica, dan Avantgarde Bronze.


Sebagai model import sepenuhnya (CBU), Zenix tampil dengan seni ketukangan yang teliti dan
komponen peringkat tertinggi, yang menghasilkan struktur harganya yang selaras dengan sifat-sifatnya yang luar biasa. Seperti biasa, Toyota komited untuk menawarkan pelanggannya nilai tertinggi bagi pelaburan mereka, dan harga Zenix mencerminkan kedudukannya sebagai pilihan ulung yang menawarkan aspek yang terbaik apabila ia membabitkan kecemerlangan automotif. Pelanggan boleh membuat pilihan berdasarkan daripada varian berikut: –
TOYOTA INNOVA ZENIX Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV): RM 202,000
TOYOTA INNOVA ZENIX Enjin Pembakaran Dalaman (ICE): RM 165,000
(Harga di atas adalah untuk pendaftaran persendirian dalam warna metalik untuk Semenanjung
Malaysia). Pandu uji Zenix Serba Baharu di bilik pameran Toyota berhampiran anda dan menerima hadiah pandu uji anda (sementara stok masih ada) ketika Toyota Showroom Weekender yang berlangsung di seluruh negara pada 23 hingga 25 Jun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *