Selaras dengan perkembangan jenama Triumph di Malaysia, Triumph Motorcycles Malaysia menerusi DIDI Group dengan meriahnya telah merasmikan bilik pameran perdana terbaharu mereka di Petaling Jaya, menerusi strategi rangkaian yang lebih segar. Pihak Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd,sebagai peruncit bagi motosikal premium kini telah dilantik sebagai pengedar rasmi Triumph Motorcycles baharu di Malaysia. Kerjasama ini telah membuka lembaran terkini dalam industri motosikal di Malaysia dengan bersama-sama membawa jenama Triumph lebih dekat dengan peminat dua roda dalam negara ini. Untuk itu mereka telah memaklumkan bahawa semua rangkaian pusat pameran kini dibuka dan sedia berkhidmat kepada pasaran motosikal Malaysia. Dengan memastikan setiap pusat pameran dilengkapi dengan model terbaru di samping menawarkan pengalaman tiada tandingan.
Goh Brothers Motorcycles sebagai pengedar rasmi, kepakaran dan komitmen mereka tidak berbelah bagi dalam menawarkan perkhidmatan pelanggna terbaik menjadikan mereka sebagai rakan ideal bagi Triumph Motorcycles di Malaysia. Kenyataan dari Paul Stroud, Ketua Pegawai Komersil, Triumph Motorcycles Ltd, United Kingdom. “Kami teruja untuk melancarkan tiga pusat pameran terkini Triumph Motorcycles di pasaran Malaysia dan kami juga mahu berterima kasih kepada Didi Automotive untuk pelaburan signifikan mereka terhadap jenama Triumph. Kami juga mengalu-alukan kersama dengan Didi di Malaysia sekaligus mencipta peluang bagi ramai lagi peminat dua roda untuk merasai pengalaman Triumph dan menyertai keluarga kami di seluruh dunia.” Kenyataan dari Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Group. “Kami teruja untuk melancarkan pusat pameran perdana, Triumph Motorcycles Petaling Jaya, yang berjanji menjadi hab keterujaan dan pengembaraan.
Pada hari esok, dengan penuh bersemangat untuk meraikan pembukaan pusat pameran Triumph Motorcycles Peang pula yang akan memperkembangkan lagi jangkauan kami di Malaysia. Dalam pada itu, Triumph Motorcycles Malaysia juga melancarkan Triumph Street Triple 765 terbaru. Model ini mewakili model Street Triple paling berkuasa pernah dihasilkan dan menawarkan pengalaman menunggang terbaik bagi peminat. Barisan model Triumph Street Triple 765 terbaru menawarkan naik taraf yang signifikan bermula dengan Street Triple R sebagai jentera ‘streetfighter’ yang jitu. Model tersebut menetapkan petanda aras terbaru dalam kategori ‘sports naked’. Sementara itu, Triumph turut memperkenalkan Street Triple RS yang terus melangkau sempadan bagi motosikal ‘sports naked’ berprestasi tinggi. Akhir sekali, pelancaran Street Triple 765 Moto2 Edition yang menawarkan spesifikasi tertinggi bagi model Street Triple. Model ini menawarkan pengalaman menunggang paling hampir dengan jentera Moto2 di jalan raya. Dibangunkan daripada program enjin Moto2, barisan model Street Triple 765 menerima rangsangan ketara daripada naik taraf terbaru. Street Triple R menawarkan kuasa yang optimum sementara RS dan Moto2 Edition menetapkan standard terbaru dengan kuasa, tork dan tahap respon tertinggi. Menemani angka kuasa yang tinggi, barisan model Street Triple juga menawarkan reka bentuk agresif dan ergonomik dipertingkat. Generasi terbaru Street Triple juga menawarkan spesifikasi tertinggi dalam kelasnya, sekaligus memastikan pengalaman menunggang yang tangkas dan tepat. Dengan kemajuan ini, Triumph terus melangkaui sempadan