TEROKAI PRESTASI ALAF BAHARU: MICHELIN ANJUR ACARA MEMANDU YANG PALING DINANTI-NANTIKAN,’MICHELIN BRAND EXPERIENCE’

Michelin, syarikat tayar terkemuka di dunia, telah menganjurkan acara MICHELIN BRAND EXPERIENCE 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, kembali selang dua tahun sejak wabak COVID-19. Acara bertempoh tiga hari tersebut telah menyajikan pelbagai peluang yang eksklusif untuk para pengunjung mengalami sendiri kehebatan tayar MICHELIN Pilot Sport 5 dan MICHELIN Primacy SUV+ yang baharu.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana berkongsi, “Kami berasa amat teruja untuk menghoskan acara eksperiensial kami ini buat pertama kali sejak wabak pandemik yang lalu, kerana ia memberi kami peluang untuk bukan sahaja merapatkan semula hubungan dengan jaringan wakil pengedar kami tapi juga dengan para warga komuniti yang tidak lekang menyokong Michelin. Menerusi acara MICHELIN BRAND EXPERIENCE 2023, kami ingin menonjolkan dua komponen yang menunjangi DNA Michelin – Inovasi dan Kelestarian, seperti yang dicerminkan oleh produk-produk tayar baharu kami, MICHELIN Pilot Sport 5 dan MICHELIN Primacy SUV+ yang hadir dengan jangka hayat serta prestasi maksimum.”

“Sesungguhnya, nilai-nilai teras Michelin yang membezakan jenama ini dalam industri tayar global, sedang kami menujukan untuk meminimumkan impak ke atas planet ini dan memaksimumkan nilai buat para pelanggan menerusi setiap produk, perkhidmatan dan inisiatif yang kami tawarkan,” ujar Dangrojana.

Membuktikan ‘Performance Made to Last’ di Michelin Brand Experience 2023

Berbekalkan sokongan rakan kenderaan rasmi, Mercedes-Benz Malaysia, lebih 215 warga media, wakil pengedar dan juga kakitangan dalam rangkaian MICHELIN telah dihoskan untuk menikmati pengalaman ‘Ride and Drive’ yang mengujakan, di mana tayar-tayar Michelin baharu ini mempamerkan kehebatannya – justeru membuktikan janji ‘Performance Made to Last’ oleh Michelin.

Acara MICHELIN BRAND EXPERIENCE 2023 telah menyajikan pelbagai aktiviti memandu yang mengujakan, ia termasuk sesi gymkhana bersama tayar MICHELIN Pilot Sport 5, di mana pemandu dapat mengalami sendiri daya cengkaman dan pengendalian luar biasa tayar tersebut di selekoh tajam dan juga permukaan basah. Sesi pandu uji di Litar Sepang yang melibatkan tayar MICHELIN Primacy SUV+ juga telah mendemonstrasikan manfaatnya dari segi keselesaan yang berpanjangan, di samping demonstrasi tayar MICHELIN Pilot Sport 5 & MICHELIN Primacy SUV+ dalam keadaan basah/haus untuk menunjukkan prestasi pembrekannya berbanding tayar-tayar daripada para pesaing yang lain di atas permukaan basah.

Pengalaman-pengalaman unik lain yang disajikan buat para pengunjung meliputi peluang pandu siar di Litar Sepang Utara, diiringi oleh pengajar Michelin yang bertauliah, selain aktiviti perlumbaan simulator – sebagai sebahagian daripada inisiatif Michelin ke atas mobiliti yang inklusif.

Mempelbagaikan Portfolio dengan Inovasi dalam Mobiliti Lestari

“Biarpun dilatari cabaran pandemik, Michelin terus giat menginovasi bagi melahirkan teknologi yang lebih baik dan hijau dalam tayar-tayar baharu kami, kerana kami sedar betapa pentingnya mobiliti, yang telah dikekang bagi kebanyakan kita tidak lama yang lalu. Sambil kami terus berusaha untuk membawakan tayar yang terunggul dalam segmen kenderaan penumpang, kami juga menjulang janji ‘Share of Mobility’ kami untuk menawarkan pelbagai jenis tayar berkualiti yang merentasi pelbagai segmen kenderaan, antaranya ialah MICHELIN Agilis 3 untuk segmen trak ringan komersial, serta MICHELIN Road 6 untuk segmen kenderaan beroda dua,” jelas Dangrojana.

Inovasi untuk masa hadapan, seperti MICHELIN Uptis (Unique Puncture-Proof Tire System) – tayar tidak berangin yang pertama seumpamanya untuk kenderaan penumpang, juga membuktikan aspirasi Michelin ke atas mobiliti lestari, sejajar dengan matlamat jenama ini untuk menghasilkan tayar daripada bahan-bahan yang dijamin 100% lestari menerusi proses-proses yang hijau sepertinya menjelang tahun 2050.

Untuk maklumat lanjut mengenai tayar baharu MICHELIN Pilot Sport 5 dan MICHELIN Primacy SUV+, sila layari:

  1. MICHELIN Pilot Sport 5
  2. MICHELIN Primacy SUV+

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *