Inilah keputusannya! Menurut Tinjauan Trend Percutian Agoda, orang ramai berbelanja secara lebih berhemah bagi percutian tahun ini. Majoriti pelancong di Asia telah memperuntukkan perbelanjaan di antara RM804 – RM2000 seorang untuk pengangkutan dan penginapan. Untuk membantu pelancong bercuti dengan lebih murah, platform pelancongan digital Agoda berkongsi jadual perjalanan mesra bajet yang berpotensi untuk digunakan bagi percutian pada bulan Jun ini.
Dalam Tinjauan Trend Percutian Agoda yang dilaksanakan oleh YouGov baru-baru ini, responden dari seluruh Asia telah ditanya tentang bajet perjalanan mereka untuk tahun ini. Kebanyakan daripada mereka memilih perbelanjaan di antara RM804 – RM2000 seorang, termasuk di Malaysia.
Berani untuk menyahut sebarang cabaran, platform pelancongan digital Agoda telah mengambil purata perbelanjaan tersebut iaitu sebanyak RM1400, dan menghasilkan dua jadual perjalanan yang hebat untuk pelancong meluangkan masa lima hari menikmati keindahan Sabah yang menawan atau tiga hari melancong ke luar negara – semuanya di bawah RM1400 seorang.
“Sebagai sebuah platform yang bersemangat untuk menawarkan yang terbaik untuk para pelanggan kami, kami ingin memberikan pilihan percutian yang sesuai dengan bajet mereka,” kata Cleland Robertson, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda. “Dengan pembelian ‘bundle’ yang menggabungkan penginapan dan penerbangan, memanfaatkan diskaun tambahan dalam aplikasi Agoda, atau dengan menggunakan ciri penjimatan wang seperti ‘price freeze’ atau pembekuan harga, pelanggan kami dapat menikmati pelbagai cara untuk menjimatkan wang dan membolehkan mereka mencipta dan mendapatkan pelbagai pilihan jadual perjalanan yang berbeza”.
Untuk cabaran ‘RM1400’ ini, Agoda telah meninjau platformnya untuk mencari penerbangan, penginapan serta beberapa aktiviti menarik di destinasi percutian berkenaan, dan pada masa yang sama memastikan perbelanjaan menepati lingkungan bajet yang telah ditetapkan. Di sini kami mengongsikan beberapa jadual perjalanan domestik dan antarabangsa dengan nilai hebat untuk dua orang pada bulan Jun.
PERCUTIAN DOMESTIK (5 Hari, 4 Malam di Kota Kinabalu, Sabah) MENIKMATI KEAJAIBAN ALAM SEMULAJADI – KOTA KINABALU, SABAH DENGAN HANYA RM2,712 UNTUK DUA ORANG!*
Serlahkan jiwa pengembara anda di Sabah dengan jadual perjalanan 5 hari 4 malam yang mengujakan ini yang direka untuk dua orang. Sebagai permulaan, dapatkan diskaun 30% dengan menggabungkan penerbangan anda ke Kota Kinabalu dengan penginapan yang selesa di Signel Postel (RM1,316.60 untuk dua orang). Terokai jalan bersejarah, Jalan Gaya pada waktu siang, dan nikmati suasana persisiran laut yang meriah pada waktu malam. Jamu selera anda di Waterfront Seafood Night Market, yang mana pelbagai jenis makanan laut segar disajikan dalam cara masakan pilihan anda. Keesokan harinya, mulakan pengembaraan pulau (island-hopping) anda di Taman Tunku Abdul Rahman, untuk menyelam atau bersnorkel di perairan biru tiga pulau yang memukau dengan harga di bawah RM170 melalui Agoda Activities.
Pada hari ketiga, sediakan diri anda untuk pengembaraan Berakit Jeram Deras Padas (White Water Rafting), yang mana anda akan mengharungi jeram di Sungai Padas di dalam hutan hujan yang menghijau (RM571). Awas! Aktiviti ini bukan untuk mereka yang lemah semangat, dan sekiranya anda inginkan aktiviti yang lebih santai, berkunjunglah ke Mari-Mari Cultural Village (RM452), untuk menyaksikan tradisi kehidupan lima suku kaum tempatan secara lebih dekat.
Alam semula jadi menjadi tumpuan pada hari berikutnya apabila anda melawati Taman Negara Kinabalu, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO, untuk menerokai pelbagai flora dan fauna, menyusuri denai yan indah, dan menyaksikan sendiri keagungan Gunung Kinabalu yang tersergam megah, puncak tertinggi di Asia Tenggara. Akhiri pengembaraan anda dengan lawatan ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (juga dikenali sebagai Pasar Filipina), untuk mendapatkan pelbagai cenderamata unik buatan tempatan sebagai tanda kenangan percutian anda di Sabah.
*Kos yang disenaraikan adalah untuk pembelian ‘bundle’ penerbangan dan penginapan, lawatan ke pulau, pengalaman kebudayaan Mari-Mari dan pengembaraan di Taman Negara Kinabalu
MENAKLUKI BANDAR DA NANG & HOI AN DENGAN BAJET RM1,995 UNTUK DUA ORANG
Marilah bercuti 4 hari 3 malam di Vietnam yang indah dan kaya dengan budaya. Gabungkan pembelian penerbangan dan penginapan malam pertama di Seahorse Han Market Danang Hostel (RM1,366.77 untuk dua orang) di Agoda untuk mendapatkan penjimatan tambahan dan perancangan yang lebih mudah.
Nikmati kemeriahan bandar Danang dari tempat penginapan cantik dan moden ini, yang terletak berhampiran pasar Han, Pasar Malam Son Tra dan Jambatan Naga yang terkenal. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan api dan air di jambatan yang memukau ini dan mengunjungi Pesta Bunga Api Antarabangsa Danang 2023 (Jun hingga Julai). Tempah tiket pelayaran malam di sepanjang Sungai Han untuk pemandangan terbaik pesta tersebut melalui Agoda Activities.
Selepas berehat semalaman, kini tiba masanya untuk menerokai bandar Hoi An, sebuah destinasi yang terkenal dengan keindahan waktu malam yang diterangi oleh tanglung-tanglung yang memikat hati. Bermalam di Santorin Hoi An Villa (RM249 untuk dua malam), yang menawarkan suasana tenang ala-Mediterranean dan kemudahan akses ke tapak warisan bandar tersebut yang menampilkan lorong-lorong kecil yang menawan, rumah-rumah kedai dan bunga-bunga yang indah.
Khaskan hari ketiga anda untuk lawatan ke My Son Sanctuary, untuk menelusuri sejarah dan budaya masa lalu di Vietnam Tengah dengan menerokai kuil Hindu purba yang jarang ditemui. Luangkan masa berjemur matahari sambil dibuai bayu laut yang segar di kawasan pantai yang terletak hanya beberapa kilometer dari Old Town sebelum pulang ke tanah air.