Motosikal “Naked” Streetfighter keluaran Ducati tidak asing lagi dikalangan peminat motosikal di seluruh dunia, ia nya telah mendapat perhatian dengan karekter yang mengancam!!. Kini ianya muncul model baru iaitu Streetfighter V2 yang lebih nampak ganas dan menarik. Bagi admin motosikal naked ini antara “ternakal” pernah admin pandu uji dipasaran, rekabentuk Ducati sememangnya tak pernah mengecewakan, umpamanya setiap model yang mereka lahirkan akan terus releven untuk berberapa tahun akan datang dan mungkin lama. Dengan nama Street Fighter sahaja kita dapat gambarkan watak kesesuaian jentera ini untuk apa dan siapa penunggangnya. Bagi mereka tak biasa dengannya, khas motosikal Ducati, atau mereka baru berjina-jinak dengan dunia permotoran, wajib kena biasakan dengan lenggok dan gaya Street Fighter ini.
Untuk satu perjalanan jarak jauh posisi Street Fighter V2 ini agak selesa bagi admin tiada masalah, cumanya tempat duduknya sahaja kurang selesa untuk duduk terlalu lama, sesuai dengan sebuah motosikal yang perlu dilayan agersif bukan untuk santai jarak jauh sepanjang masa, kerana namanya pun Street Fighter. Bagi peminat motosikal yang inginkan yang mencabar, nama berjenama dan gaya extreme, ini adalah pilihan yang menarik tak boleh nak cakap apa, terima je la hakikatnya. Motosikal Ducati Street Fighter V2 ini jika untuk perjalanan dalam bandar yang sesak terutama ulang-alik ke tempat kerja yang atau jarak perjalanan yang banyak menempuh lampu isyarat yang lama, perkara yang kena hadapi dan bersedia adalah tahap kepanasan enjinnya, benda ini biasa sebuah Ducati, anda kena biasa-biasa janji bergaya.
Dengan menggunakan Panigale V2 sebagai asas, ianya mempunyai panel badan yang kosong, menampakkan enjin tanpa fairing penuh. Menampakan bentuk yang padat dan garang sebuah motosikal jalanan. Berbeza dengan model Streetfighter V4 yang menggunakan enjin Desmosedici Stradale V4 1,103 cc dan Streetfighter V2 ini pula dipacu oleh enjin Superquadro V2 955 cc yang mampu menghasilkan 153 hp pada 10,750 rpm dan 101.4 Nm tork pada 9,000 rpm. Transmisi unit enam kelajuan dengan quickshifter yang didatangkan sebagai standard, tetapi nisbah pacuan akhirnya (sprocket) telah ditukar kepada 15/45 berbanding 15/43 pada Panigale V2. Lengan ayun Streetfighter V2 ini juga adalah 16 mm lebih panjang untuk memberikan lebih stability ketika menyusuri jalanraya .
Bagi varian permulaan untuk model Streetfighter V2 ini dipasang suspensi yang terdiri daripada fork Showa BPF 43 mm di hadapan dan monoshock Sachs di belakang. Kedua-duanya boleh dilaras sepenuhnya, dan menurut Ducati, disediakan supaya boleh disesuaikan dengan keselesaan tunggangan atas jalan biasa dan boleh dilaras apabila perlu untuk tunggangan atas litar. Salah satu perkara yang paling ketara bagi Streetfighter baharu ini dalam cara pengendalian motosikal yang akan membuat kita sentiasa bersedia dan agresif ketika dijalanraya, kena bawa banyak bertenang!!. Dengan komponen casis sama dengan Panigale, bahawa V2 cara mengendalikan sama. Sebenarnya (berani saya katakan) ianya menyeronokkan untuk ditunggang untuk mereka yang tak boleh santai dijalaraya.
Brek adalah sama seperti Panigale V2, iaitu set berkembar Brembo Monobloc M4.32 bersama cakera 320 mm di hadapan, dan cakera 245 mm dengan angkup dua piston di belakang. Bagi menyesuaikan motosikal ini dengan tunggangan atas jalan biasa, pad breknya telah ditukar kepada jenis yang kurang agresif tetapi masih memberikan rasa dan prestasi yang baik. Fungsi elektronik pada motosikal ini juga ada pelbagai, dengan termasuk dua mod tunggangan, Cornering ABS EVO, Ducati Traction Control (DTC) EVO 2, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Engine Brake Control (EBC) EVO dan Ducati Quick Shift (DQS) EVO 2. Model ini juga datang dengan semua lampu jenis LED serta steering damper.
Keseluruhannya motosikal Ducati Street fighter V2 ini sememangnya menjadi perhatian ke mana-mana dijalaraya, dengan rekabentuk yang mantap tak boleh dinafikan, kuasa enjin yang mengila, kena banyak kawal diri untuk menjinakkan ia. Harga yang pihak DUCATI Malaysia Petaling Jaya tawarkan adalah RM112,900.00. Walapun iannya agak panas ketika berhenti lama terutama di lampu isyarat, yang admin kena hadap, perasaan ini akan lenyap apabila anda di jalaraya terbuka sambil menikmati pengalaman kuasa Street Fighter V2 ini, apa boleh buat ianya DUCATI !!.