BMW Malaysia perluas famili BMW 3 Series dengan perungkaian BMW M340i xDrive dan BMW 330Li M Sport baharu.

BMW Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua varian BMW 3 Series yang dinanti-nantikan ramai – BMW M340i xDrive dan BMW 330Li M Sport baharu. Varian- varian BMW 3 Series ini masih mengekalkan sifat ketangkasan yang mendefinisikannya, juga mempamerkan aspek kebolehsuaian dan keupayaan BMW 3 Series untuk memenuhi keperluan pemanduan yang pelbagai. Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW 3 Series mencerminkan prinsip BMW serta janji ‘Sheer Driving Pleasure’ yang kami laungkan. Merupakan barisan kenderaan yang terlaris di persada global, ciri ketangkasan, keselesaan, keefisienan dan inovasi BMW 3 Series juga amat disenangi oleh warga Malaysia, lantas terus memacunya ke hadapan sebagai sedan eksekutif premium yang paling laris dari tahun demi tahun. Berlandaskan versatilitinya, kami dapat menyerlahkan aneka kualiti jentera ini bagi membekalkan pengalaman pemanduan dinamik yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup dan citarasa pelanggan kami.”

Tambah beliau, “Berpegang teguh kepada kepercayaan kami bahawa Kuasa Pilihan seharusnya terletak dalam tangan pelanggan, kami berbesar hati untuk memperkenalkan dua ahli baharu dalam famili BMW 3 Series buat Malaysia. BMW M340i xDrive baharu mempersembahkan kuasa dan prestasi yang luar biasa, pertama kali mengambil langkah ke alam BMW M. Sementara itu, BMW 330Li M Sport baharu pula membawakan aspek kemewahan dan keluasan buat para pengguna, tanpa mengkompromikan watak ketangkasan yang sinonim dengan BMW 3 Series.” Seperti varian BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport yang dirungkaikan sebelum ini, ruang eksterior dan interior yang serba baharu juga dilihat memodenkan lagi BMW M340i xDrive dan BMW 330Li M Sport yang terkini. Ia turut dibuktikan dengan rangkuman BMW Curved Display, yang menzahirkan sebuah pengalaman pemanduan yang serba canggih lagi progresif.

Iras yang ikonik, rekaan bermotif. Membintangi BMW 3 Series dalam aspek prestasi, BMW M340i xDrive baharu hadir dengan seksyen hadapan yang lebih menonjol, diperbaharui agar ia tampak lebih ekspresif berbanding iterasi yang terdahulu. Ia turut didefinisikan dengan komponen gril ‘kidney’ serba unik dalam bentuk heksagon yang memetik inspirasi daripada sukan permotoran, diiringi dengan lampu hadapan LED Adaptif dengan ciri bantuan lampu puncak. Dari sisi, BMW M340i xDrive dilihat membawakan cermin sisi M, set roda aloi ringan M 19 inci dengan penggayaan dwiruji 91 dan dwiwarna M, di samping Brek M Sport dalam rona biru berglos tinggi. Menonjolkan ketangkasannya, seksyen belakang BMW M340i xDrive baharu dapat dibezakan menerusi spoiler belakang M dengan reka bentuk khas yang melingkari paip ekzos – yang turut dibawakan dalam BMW 330Li M Sport baharu. Sebagai standard, BMW M340i xDrive baharu didatangkan dengan Pakej M Aerodynamics serta Garisan Bayang berglos tinggi M.

Sementara itu, BMW 330Li M Sport baharu juga telah melalui proses pembaharuan, ia tampil dengan lampu hadapan LED yang lebih langsing dengan grafik lampu waktu siang yang serba ekspresif, turut diperkayakan dengan fungsi bantuan lampu puncak. Dari sisi, keelegenan BMW 330Li M Sport baharu diserlahkan oleh siluetnya yang melandai, tampil dengan panjang keseluruhan yang berukuran 4,823mm dan jarak roda (wheelbase) berukuran 2,961mm – sebagai rujukan, ukuran tersebut adalah 110mm lebih panjang berbanding BMW 330i M Sport yang terbaharu. Ia turut didatangkan dengan set roda aloi M 18 inci dengan penggayaan dwiruji 848, dwiwarna M. Di samping itu, Pakej M Aerodynamics dan Garisan Bayang berglos tinggi M dengan konten lanjutan juga didatangkan secara standard bagi BMW 330Li M Sport baharu.

Untuk menambah rencah ketangkasan, varian M Sport Pro juga disediakan untuk BMW M340i xDrive baharu, memperkayakan lagi ciri-ciri eksterior yang menonjolkan penampilan dinamik kenderaan tersebut. Ia termasuk set roda aloi ringan M 19 inci dalam penggayaan dwiruji 792, dwiwarna M dalam rona Jet Black; Garisan Bayang cahaya M; Angkup brek M Sport dalam warna merah berglos tinggi; Garisan Bayang berglos tinggi M dengan konten lanjutan; bingkai dan bilah gril ‘kidney’ dalam warna hitam berglos tinggi; serta spoiler belakang M dalam warna Black Sapphire. Pemodenan interior, kaya dengan ciri keelegenan dan kefungsian. BMW Curved Display menggunakan kuasa digital dan sofistikasi untuk memperkayakan ruang interior kedua-dua varian ini, yang menzahirkan suasana keelegenan. Sementara Paparan Informasi 12.3 inci dan Paparan Kawalan sentuh 14.9 inci membekalkan akses ke atas aneka maklumat dan fungsi utama, konsol sentralnya juga hadir dengan tata atur yang kemas di samping tuil gear klasik yang kini memperlihatkan rekaan togol yang bersofistikasi tinggi namun minimalis.

Bersesuaian dengan watak sporty jentera ini, BMW M340i xDrive baharu membawakan kerusi sport bagi pemandu serta penumpang hadapan, dan kerusi pemandu khususnya didatangkan bersama pelaras elektrik dengan fungsi memori. Juga dilengkapi secara standard ialah Stereng Kulit M Walknappa yang disulam dengan tangan, Material Bumbung Antrasit M dan juga Trim Interior M Aluminium Rombikel Antrasit. Untuk kemudahan dan keselesaan tambahan, Pakej Kompartmen Storan, penyaman udara automatik, cahaya ambien, cermin pandangan belakang dengan fungsi anti silau automatik, serta bumbung kaca elektrik juga dibawakan secara standard. Akhir sekali, aspek hiburan pula dibekalkan kepada kenderaan ini melalui kualiti audio yang tiada tandingannya daripada sistem bunyi keliling Harman Kardon. Disediakan sebagai opsyen tambahan, M Sport Package Pro bagi sedan pacuan semua roda ini juga membawakan tali pinggang keledar berjalur M.

Bagi BMW 330Li M Sport baharu, tempat duduk pemandu didatangkan bersama keupayaan pelarasan elektrik dengan fungsi memori. Bagi menonjolkan aspek kemewahan sedan tersebut, BMW 330Li M Sport baharu dihiasi dengan Kemasan Trim Interior menggunakan kombinasi warna antara hitam berglos tinggi dan aluminium, kemasan galvanik untuk unit kawalan, Panel instrumen dalam material Sensatec di samping bumbung kaca panorama secara standard. Sementara itu, watak sporty kenderaan ini pula diserlahkan oleh Stereng Kulit M dan juga Material Bumbung Antrasit M. Ciri-ciri interior yang lain untuk BMW 330Li M Sport meliputi Pakej Kompartmen Storan, penyaman udara automatik tiga zon, cahaya ambien dan cermin pandangan belakang dengan fungsi anti silau automatik. Dari segi hiburan pula, BMW 330Li M Sport baharu didatangkan dengan sistem pembesar suara HiFi.

Prestasi premium dalam setiap pilihan. Sifat ketangkasan kekal menunjangi BMW 3 Series baharu, dirangkapkan oleh reka bentuk yang terbukti berkesan menerusi pengagihan berat 50/50 antara seksyen hadapan dan belakang, berserta trek roda yang lebar, ketegaran tubuh yang tinggi, pusat graviti yang rendah dan teknologi casis berkualiti tinggi bagi menjamin dinamik pemanduan yang cemerlang merentasi pelbagai rangkaian kuasa. Berpegang kepada Aksara Terunggul di Dunia, BMW M340i xDrive memuatkan enjin petrol enam silinder sebaris yang membekalkan maksimum 387 kk (288 kW) serta nilai tork setinggi 500 Nm, mampu memacu sedan sport ini dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.4 saat sahaja, dibelakangi oleh kelajuan tertingginya yang dihadkan pada paras 250 km/j. Bagi BMW 330Li M Sport baharu pula, enjin petrol empat silinder sebaris miliknya membekalkan maksimum 258 kk (190 kW) dan 400 Nm tork, pecutan 0 – 100 km/j dicatat olehnya dalam masa 6.2 saat sahaja, dan kelajuan tertinggi jentera ini dihadkan pada paras 250 km/j. 

Sebagai standard, jentera pacuan semua roda BMW M340i xDrive baharu dan jentera pacuan roda belakang BMW 330Li M Sport baharu hadir dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan. BMW 330Li M Sport baharu dilengkapi dengan komponen suspensi “keselesaan”, manakala BMW M340i xDrive baharu, yang lebih bersifat tangkas, turut dilengkapi dengan Diferensial M Sport, Suspensi M Adaptif dan Stereng Sport Aktif. Fungsi keterhubungan dan keselamatan yang canggih. BMW Live Cockpit Professional yang merangkumi Papar Pandu BMW (BMW Head-Up Display) merupakan kelengkapan standard bagi kedua-dua varian BMW 3 Series ini, dikuasakan oleh versi Sistem Operasi BMW 8 yang terkini. Keupayaan interaksi dan kawalan serba intuitif yang dibawakan oleh kenderaan ini wujud dalam pelbagai segi, seperti operasi skrin sentuh menggunakan Paparan Kawalan, fungsi bahasa natural menggunakan BMW Intelligent Personal Assistant, BMW iDrive Controller, dan juga unit kawalan berasaskan sentuhan. Comfort Access, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan BMW ID dimuatkan sebagai fungsi digital yang standard bagi BMW M340i xDrive dan BMW 330Li M Sport baharu, di samping Connected Package Professional, yang mencakupi aneka perkhidmatan digital seperti Servis Jarak Jauh dan Pengintegrasian Telefon Pintar dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Kemudahan keterhubungan lain bagi kedua-dua varian termasuk Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat, dan Khidmat ConnectedDrive.

Berbekalkan sistem bantuan pemandu yang serba canggih, perjalanan pengguna dijamin akan menjadi lebih mudah. Bantuan Parkir dan Bantuan Memandu didatangkan secara standard bagi BMW M340i xDrive dan BMW 330Li M Sport baharu. Bantuan Parkir berasaskan kamera dan ultrabunyi mencakupi kemudahan Bantuan Memarkir, Kawalan Jarak Parkir Aktif (PDC), Bantuan Parkir Lateral dan juga Kamera Bantuan Mengundur. Fungsi Bantuan Mengundur dirumus untuk merekod pergerakan hadapan kenderaan yang terakhir sejauh 50 meter dan ia dapat mengundurkan kenderaan ini dengan pergerakan yang sama jika pemandu inginkan.  Bagi kemudahan Bantuan Memandu yang berasaskan kamera dan radar pula, fungsi-fungsi standardnya melibatkan Amaran Pengeluaran Laluan dengan intervensi stering aktif, Amaran Penukaran Laluan, Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Amaran Rentasan Belakang dengan intervensi brek, Amaran Trafik Rentasan Belakang, Amaran Perlanggaran Belakang, Info Had Kelajuan dan Bantuan Had Kelajuan manual. Bukan itu sahaja, Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan Fungsi Pembrekan turut disertakan secara standard bagi kedua-dua varian.

Pilihan warna eksterior bagi BMW M340i xDrive baharu meliputi Alphine White, Black Sapphire, Melbourne Red, M Portimao Blue, M Brooklyn Grey dan Skyscraper Grey, manakala upholsteri interiornya disediakan dalam material kulit Vernasca berwarna Hitam atau Mocha. Untuk BMW M340i xDrive M Sport Pro, tawaran warna eksteriornya meliputi Alpine White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey dan M Portimau Blue, dan upholsterinya didatangkan dalam material kulit Vernasca berwarna Hitam atau Tacora Red. Bagi BMW 330Li M Sport pula, tawaran warna eksteriornya meliputi Carbon Black, Mineral White, M Portimao Blue dan Skyscraper Grey, dan upholsterinya disediakan dalam material kulit Vernasca berwarna Mocha yang bersertakan sulaman dekor. 

BMW M340i xDrive M Sport Pro akan disediakan secara eksklusif dalam talian dengan yuran pratempahan berjumlah RM3,000. Penghantaran boleh dijangka bermula pada Ogos 2023. Pelanggan yang berminat dengan varian M Sport Pro dan BMW M340i xDrive Baharu dan BMW 330Li M Sport Baharu ini boleh melayari shop.bmw.com.my. Selain itu, pelanggan boleh menghubungi pengedar sah BMW untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW M340i xDrive Baharu dan BMW 330Li M Sport Baharu. 

Program pembiayaan dinamik. Dengan pelan pembiayaan BMW Easy Drive yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M340i xDrive, BMW M340i xDrive M Sport Pro dan BMW 330Li M Sport baharu masing-masing boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,281.00, RM 4,336.00 dan RM 3,569.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun). Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh. Pemilik jentera BMW M340i xDrive, BMW M340i xDrive M Sport Pro dan BMW 330Li M Sport baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi: •Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW •Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW •Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW •Servis Dalam Talian BMW.

Harga runcit bagi BMW M340i xDrive, BMW M340i xDrive M Sport Pro dan BMW 330Li M Sport baharu dengan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW M340i xDrive BaharuRM 391,800.00

BMW M340i xDrive M Sport Pro BaharuRM 396,800.00

BMW 330Li M Sport BaharuRM 325,800.00

Pengemaskinian suspensi berpaksikan keselesaan bagi model-model BMW terpilih. Mulai Mac 2023, BMW Malaysia akan mengemas kini tetapan komponen suspensi bagi model-model BMW yang terpilih – BMW 218i Gran Coupé, BMW 330i M Sport, BMW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport dan BMW X3 xDrive30e M Sport. BMW 218i Gran Coupé telah dikemas kini dengan Suspensi Standard. Ia membekalkan tetapan spring/peredam yang lebih lembut, justeru menjamin pemanduan yang lebih selesa. BMW 330i M Sport telah dikemas kini dengan Suspensi M Adaptif, menjamin pemanduan yang menyelesakan menerusi peredam elektronik yang mampu mengawal setiap roda secara berasingan, pada masa yang sama, ia turut menaik taraf elemen ketangkasan jentera ini jika dibandingkan dengan Suspensi M Sport yang disertakan bersama sebelum ini. Suspensi M Adaptif juga mengadaptasi pemanduan mengikut mod pemanduan yang dipilih, yang dapat dibuat melalui suis kawalan Dinamik Pemanduan yang disediakan.

BMW X3 sDrive20i M Sport telah dikemas kini dengan Suspensi Standard, beralih daripada Suspensi M Sport yang dimuatkan sebelum ini. Ia membekalkan tetapan spring/peredam yang lebih lembut, justeru menjamin pemanduan yang lebih selesa. BMW X3 xDrive30i M Sport – yang didatangkan bersama Suspensi M Sport sebelum ini – serta BMW X3 xDrive30e M Sport – yang didatangkan bersama Suspensi Standard sebelum ini – telah dikemas kini dengan Suspensi Adaptif, ia meminumkan gangguan pada pergerakan kenderaan melalui komponen penyerap hentak yang akan mengadaptasi secara automatik mengikut keadaan jalan raya.