Boon Siew Honda Melancarkan Skuter Sporty Baharu Honda Vario 125

Boon Siew Honda melancarkan skuter sporty baharu Honda Vario 125 di Malaysia. Peminat skuter kini boleh menikmati perjalanan harian mereka menggunakan model dengan reka bentuk yang lebih sporty dan pelbagai ciri canggih, menjadikannya pembelian yang berbaloi.

Ketibaan Honda Vario 125 di Malaysia adalah jawapan kepada penunggang yang mencari skuter mampu milik yang sempurna dan menawarkan ciri moden canggih yang turut terdapat dalam skuter premium. Ciri utama Honda Vario 125 baharu termasuk:

• Enjin baharu 124.9cc 4-Lejang sejukan cecair dengan eSP yang memastikan kuasa optimum di jalan raya dan Idling Stop System (ISS) yang memberikan kecekapan bahan api.

• Honda SMART Key System yang mempunyai Sistem Penggera Anti-kecurian untuk keselamatan tambahan serta Sistem Jawab Balik.

• Pengecas USB dalam kotak konsol beserta 18-liter ruang penyimpanan di tempat duduk bawah untuk kemudahan tambahan penunggang.

• Sistem pencahayaan LED pada semua titik pencahayaan dengan panel meter digital sepenuhnya untuk memberikan gaya yang mewah.

• Corak badan yang sporty dan grafik garis accent yang elit memberikan rupa yang bergaya.

Enjin Honda Vario 125 dikuasakan oleh penyejuk cecair 4-lejang, 125cc Enhanced Smart Power (eSP) dengan keupayaan menghasilkan 8.55kW pada 8,500rpm dan 11.74N.m pada 5,000rpm tork hasil daripada ujian dalaman. Teknologi eSP terbukti cekap di dalam penggunaan minyak semasa pembakaran dan memberikan geseran yang minimum sekaligus mengurangkan risiko pembaziran tanpa menjejaskan prestasi.

Honda SMART Key System adalah ciri utama Honda Vario 125, kerana ia adalah yang pertama di dalam kategori 125cc. Ciri keselamatannya termasuk Sistem Penggera Anti-kecurian yang akan menghidupkan bunyi penggera dan isyarat akan berkelip apabila motosikal mengesan getaran atau pergerakan, memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik apabila meninggalkan motosikal mereka. Sistem jawab balik juga tersedia di mana sistem akan mengesan kedudukan motosikal apabila diletakkan dan pemilik akan dimaklumkan apabila fungsi immobilizer dihidupkan. Salah satu kemudahan berguna yang dilengkapi Honda Vario 125 ialah pengecas USB dalam kotak konsol, dapat mengekalkan bateri gadjet penunggang sepanjang perjalanan. Honda Vario 125 juga didatangkan dengan dua ruang kotak terbuka yang boleh memuatkan botol air dan barangan lain seperti sarung tangan.

Honda Vario 125 didatangkan dengan ruang penyimpanan sebesar 18 liter, di bawah tempat duduknya yang merupakan ruang penyimpanan terbesar dalam kategori 125cc, cukup untuk menyimpan topi keledar serta beberapa barang lain untuk memudahkan aktiviti harian penunggang.Untuk memberikan rupa yang lebih premium, Honda Vario 125 dilengkapi Sistem Lampu LED pada semua lampunya, memberikan penunggang perasaan yang lebih eksklusif apabila tiba di destinasi. Honda Vario 125 juga dilengkapi dengan panel meter digital sepenuhnya, Kuning Biru Merah memberikan penunggang pandangan yang moden sambil memberikan semua maklumat yang diperlukan dengan sekali imbas.

Saiz tayar yang lebar iaitu 100/80-14 di belakang dan 90/80-14 di hadapan, sesuai dengan reka bentuknya akan memberikan penunggang lebih keyakinan dan keselesaan dengan saiz tayar yang besar serta reka bentuk roda tuang baharu akan memberikan kemudahan dalam menunggang serta penampilan yang semakin anggun. Penampilan sporty Honda Vario 125 direka untuk memenuhi pilihan golongan dewasa muda, yang ingin dilihat bergaya di jalan raya. Grafik garis accent meningkatkan lagi faktor gaya motosikal serta menambahkan lagi rasa mewah. Honda Vario 125 boleh didapati dalam tiga warna: merah, biru dan kuning dan boleh didapati di semua pengedar sah mulai 14 Mac 2023. Honda Vario 125

Pilihan warna dan harga yang ada ialah:

Pilihan Warna Harga Kuning, Biru dan Merah RM 7,080

Harga yang ditunjukkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu).

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Vario 125, pelanggan boleh melawat pengedar Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.boonsiewhonda.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *