Honda City RS menang Vehicle of the Year di Anugerah VOTY DSF.my-Allianz
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2021 –Honda City RS telah memenangi anugerah Vehicle of the Year di Anugerah DSF.my-Allianz Vehicle of the Year (VOTY) 2021 di Petaling Jaya pada 26 Oktober 2021. Walaupun berdepan pasaran yang sukar dan persekitaran yang mencabar pada 2021, rangkaian kuasa dan prestasi tinggi dan ciri ciri keselamatan Honda City RS, di mana ianya telah memenangi anugerah tertinggi pada malam tersebut. Dianjurkan oleh laman web permotoran Malaysia www.dsf.my dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, anugerah VOTY 2021 tahun ini telah menampilkan 16 kategori yang mengiktiraf teknologi terbaik, serta individu dan pasukan di sebalik tabir. Pemenang lain termasuk, Hyundai Kona Smartstream (Crossover of the Year), Nissan Almera Turbo (Family Sedan of the Year), Aston Martin DBS Superleggera (Supercar of the Year) dan Suzuki Swift Sport (Hot Hatch of the Year), dengan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad dianugerahkan dengan Automotive Lady of 2021 dan Pengarah Urusan, Runcit dan Pengedaran Malaysia Sime Darby Motors Jeffrey Gan yang memenangi Automotive Gentleman of 2021. “Matlamat Anugerah VOTY ialah untuk menunjukkan sokongan dan penghargaan kami dalam mengiktiraf usaha pemain automotif dan acara tahun ini tidak berbeza dari sebelumnya,” Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General. “Bersama DSF.my, Allianz General berbesar hati untuk menghargai pengeluar kereta dan individu penting untuk kekuatan dan kesungguhan mereka dalam menempuhi persekitaran dan cabaran perniagaan yang sukar pada 2021. Selepas mengharungi tahun demi tahun yang telah mencabar semua aspek dalam perniagaan, kami merasakan mereka berhak diraikan dan berehat untuk malam ini,” tambah Sean. Anugerah VOTY ialah majlis anugerah automotif tempatan pertama yang menghargai rekaan automotif yang inovatif dan individu yang telah bekerja keras membawanya ke tanah air kita. Pemenang Anugerah VOTY telah dipilih berdasarkan merit oleh kakitangan pengarang di www.dsf.my, diketuai oleh ketua pengarang Daniel Fernandez dan pasukan penulisnya, dengan sifarkewajipan pengiklanan yang diharapkan dari pemenang. Senarai PemenangVehicle of the Year 2021 – Honda City RS Crossover of the Year – Hyundai Kona Smartstream 7-Seat SUV of the Year – Land Rover Discovery TD6 HSE Electric Car of the Year – Porsche Taycan Luxury SUV of the Year – Toyota Harrier 7-Seat Family Vehicle of the Year – Mitsubishi XPANDER Family Sedan of the Year – Nissan Almera Turbo Hot Hatch of the Year – Suzuki Swift Sport Executive Sedan of the Year – Honda Accord Luxury Hot Hatch of the Year – Mercedes-AMG A35 Performance Crossover of the Year – Mercedes-AMG GLB 35 Pickup Truck of the Year – Isuzu D-Max X-Terrain Supercar of The Year – Aston Martin DBS Superleggera Automotive Lady of 2021 – Datuk Aishah Ahmad- President, MAA Automotive Gentleman of 2021 – Jeffrey Gan, Managing Director, Retail and Distribution for Malaysia, Sime Darby Motors Penanggung Insurans Kereta No.1 Malaysia – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad