Year: 2021

XC60, Lebih Pintar Ke Hadapan

Volvo Car Malaysia mengorak langkah ke arah, elektrifikasi dengan menambah lebih banyak lagi teknologi dan inovasi pada model terbaharunya – Volvo XC60. Digelar “Smarter XC60″, model baharu ini muncul dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, rupa luaran yang segar dan integrasi teknologi terkini dengan Perkhidmatan Google. Volvo XC60 baharu adalah kemuncak perkongsian

MOTOSIKAL KELUARAN HUSQVARNA’ DENGAN EDISI RIM JEJARI “SPOKE”

Pratonton untuk Media yang telah di adakan di Richiamo Coffee Reidensi UTMKL, Kuala Lumpur, yang merupakan rangkaian kedai kopi premium telah menjaling kerjasama dengan jenama terkenal Sweden, Husqvarna, di mana jenama ini terkenal dengan motosikal lasak dengan mengendalikan siri jelajah (tour) motosikal.Kini Husqvarna  Motorcycles Malaysia telah memperkenalkan edisi Spoke khas

‘IMPIAN JADI KENYATAAN’ UNTUK PELANGGAN VESPA, KINI TERSEDIA SECARA EKSKLUSIF DI DREAMSHOP DENGAN PELAN ANSURAN MUDAH 0% DARI 11 BANK

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2021 –  Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih dari satu bilion produk hari ini, telah mengumumkan kerjasama istimewa bersama dengan jenama skuter Itali ikonik, Vespa. Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan boleh membeli Vespa secara atas talian menerusi pelan pembayaran mudah 0%, dengan penawaran tambahan tertentu, di www.dreamshop.com.my. Kerjasama ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruangan e-dagang,

Honda City RS menang Vehicle of the Year di Anugerah VOTY DSF.my-Allianz

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2021 –Honda City RS telah memenangi anugerah Vehicle of the Year di Anugerah DSF.my-Allianz Vehicle of the Year (VOTY) 2021 di Petaling Jaya pada 26 Oktober 2021.  Walaupun berdepan pasaran yang sukar dan persekitaran yang mencabar pada 2021, rangkaian kuasa dan prestasi tinggi dan ciri ciri keselamatan Honda City RS, di mana ianya telah memenangi anugerah tertinggi pada malam tersebut.  Dianjurkan oleh laman web permotoran Malaysia www.dsf.my dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, anugerah VOTY 2021 tahun ini telah menampilkan 16 kategori yang mengiktiraf teknologi terbaik, serta individu dan pasukan di sebalik tabir.  Pemenang lain termasuk, Hyundai Kona Smartstream (Crossover of the Year), Nissan Almera Turbo (Family Sedan of the Year), Aston Martin DBS Superleggera (Supercar of the Year) dan Suzuki Swift Sport (Hot Hatch of the Year), dengan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad dianugerahkan dengan Automotive Lady of 2021 dan Pengarah Urusan, Runcit dan Pengedaran Malaysia Sime Darby Motors Jeffrey Gan yang memenangi Automotive Gentleman of 2021.  “Matlamat Anugerah VOTY ialah untuk menunjukkan sokongan dan penghargaan kami dalam mengiktiraf usaha pemain automotif dan acara tahun ini tidak berbeza dari sebelumnya,” Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.  “Bersama DSF.my, Allianz General berbesar hati untuk menghargai pengeluar kereta dan individu penting untuk kekuatan dan kesungguhan mereka dalam menempuhi persekitaran dan cabaran perniagaan yang sukar pada 2021. Selepas mengharungi tahun demi tahun yang telah mencabar semua aspek dalam perniagaan, kami merasakan mereka berhak diraikan dan berehat untuk malam ini,” tambah Sean.  Anugerah VOTY ialah majlis anugerah automotif tempatan pertama yang menghargai rekaan automotif yang inovatif dan individu yang telah bekerja keras membawanya ke tanah air kita.  Pemenang Anugerah VOTY telah dipilih berdasarkan merit oleh kakitangan pengarang di www.dsf.my, diketuai oleh ketua pengarang Daniel Fernandez dan pasukan penulisnya, dengan sifarkewajipan pengiklanan yang diharapkan dari pemenang.   Senarai PemenangVehicle of the Year 2021 – Honda City RS Crossover of the Year – Hyundai Kona Smartstream 7-Seat SUV of the Year –  Land Rover Discovery TD6 HSE Electric Car of the Year – Porsche Taycan Luxury SUV of the Year – Toyota Harrier 7-Seat Family Vehicle of the Year – Mitsubishi XPANDER Family Sedan of the Year – Nissan Almera Turbo Hot Hatch of the Year – Suzuki Swift Sport Executive Sedan of the Year – Honda Accord    Luxury Hot Hatch of the Year –  Mercedes-AMG A35 Performance Crossover of the Year – Mercedes-AMG GLB 35 Pickup Truck of the Year – Isuzu D-Max X-Terrain Supercar of The Year – Aston Martin DBS Superleggera Automotive Lady of 2021 – Datuk Aishah Ahmad- President, MAA Automotive Gentleman of 2021 – Jeffrey Gan, Managing Director, Retail and Distribution for Malaysia, Sime Darby Motors Penanggung Insurans Kereta No.1 Malaysia – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad   

SUZUKI MALAYSIA LANCAR HAYABUSA & V-STROM 1050XT

Dalam tempoh dua bulan selepas memunculkan diri di pasaran Malaysia, Suzuki Malaysia Sdn Bhd hariini secara rasmi melancarkan dua buah model heavyweight, iaitu jentera sports lagenda Hayabusa dan jentera sports kembara V-STROM 1050XT. Menurut Dato’ Jeffrey Lim, Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd berkata, “Pengenalan model Hayabusa dan